3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh

3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh
link : 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh

Baca juga


3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh

MASJID Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lokasi pertama siri penjelajahan program, Jom Masjid anjuran TV3 dan TV9 pada tahun ini.

Program yang berlangsung pada 2 Ramadan lalu ini menyaksikan lebih 3,000 pengunjung mengimarahkan masjid ini serta bertemu mesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah yang terlibat.

Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh turut diserikan dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin.

Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri berkata, pada tahun kedua acara Jom Masjid diadakan ini, TV3 dan TV9  menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga.

“Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respons yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada 2 Ramadan lalu.

“Insya-ALLAH acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktiviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujarnya.

Program yang bermula seawal pukul 9.00 pagi  ini dimulakan dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz dan sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik ‘Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Tidak ketinggalan aktiviti gotong-royong memasak dan sesi mengagihkan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid selain sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti.

Wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, turus menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isyak dan program ini diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Destinasi Jom Masjid seterusnya akan berlangsung di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada 17 Jun ini.

The post 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh

Sekianlah artikel 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3,000 pengunjung mengimarahkan Masjid Baru Temerloh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/3000-pengunjung-mengimarahkan-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :