6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU

6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU
link : 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU

Baca juga


6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU

PUTRAJAYA – Enam anggota Parlimen Malaysia akan berlepas ke Eropah untuk melobi anggota Parlimen Kesatuan Eropah (EU) bagi minyak sawit pada bulan depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, nama keenam-enam anggota Parlimen berkenaan akan diumumkan kemudian dan mereka dijangka berlepas ke Eropah bulan depan, iaitu semasa Parlimen EU bersidang.

“Delegasi enam anggota Parlimen ini tidak melibatkan menteri dan timbalan menteri.

“Isu (minyak sawit) di EU adalah sangat serius dan kita berusaha bersungguh-sungguh (untuk melobi). Malaysia komited (untuk menangani isu itu) kerana EU merupakan penentu trend,” katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini, hari ini.

Anggota Parlimen Malaysia perlu berada di Eropah semasa persidangan Parlimen EU supaya mereka boleh bertemu dengan seberapa ramai anggota parlimen itu.

Pada sidang media yang sama, Mah turut mengumumkan Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk M.Nagarajan yang akan bersara Jumaat ini akan menerajui kempen Malaysia dalam melobi EU, Amerika Syarikat dan negara lain bagi minyak sawit.

Beliau berkata, Nagarajan akan terus menjadi penasihat kepada kementerian memandangkan beliau berpengalaman luas khususnya dalam mengenepikan resolusi Parlimen Perancis sebanyak tiga kali yang merancang untuk menaikkan cukai import minyak kelapa sawit.

Sementara itu, sebelum ini Parlimen EU mengumumkan resolusi mahu menghalang penggunaan bahan api bio berasaskan kelapa sawit menjelang 2020.

Resolusi itu menyeru EU untuk tidak lagi menggunakan minyak sayur-sayuran, yang turut membabitkan minyak sawit, dalam biodiesel menjelang 2020 atas dakwaan ia dihasilkan melalui pemusnahan hutan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU

Sekianlah artikel 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 Anggota Parlimen M’sia Akan Lobi Parlimen EU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/6-anggota-parlimen-msia-akan-lobi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :