8 Jenis Manusia Beraya

8 Jenis Manusia Beraya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 8 Jenis Manusia Beraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 8 Jenis Manusia Beraya
link : 8 Jenis Manusia Beraya

Baca juga


8 Jenis Manusia Beraya

8 Jenis Manusia Beraya

Bermacam ragam dan 'geng' di hari raya. Anda yang mana? (Gambar: ijoikatun.blogspot.com)

Ramai berpusu-pusu pulang ke kampung untuk merai lebaran dengan sanak saudara. Golongan ibu sibuk menyiapkan hidangan dan mengemas rumah. Bapa pula siap sedia dengan duit raya buat menghangat suasana. Perjalanan jauh dari utara ke selatan bukanlah kekangan, keadaan trafik yang padat bukan pelemah semangat, semata-mata demi merai lebaran. Walau bagaimana sekalipun sambutan Aidilfitri, anda tentunya tidak lari daripada bertemu lapan 'geng' ini.

1) Geng Selfie

Selfie dan wefie merupakan trend. Peranan monopod sama seperti baju raya, ketiadaannya mencacatkan penampilan, menghilangkan mood lebaran. Geng selfie tidak akan melepaskan peluang berselfie di setiap rumah yang dikunjungi. Lokasi kegemaran termasuk di meja makan, hadapan kuih, hadapan rumah, hadapan kereta dan di sudut menarik rumah.

Gambar: Twitter Redza Minhat

2) Geng Menyantap

Geng jenis ni tidak peduli apa yang terjadi. Biasanya mereka sering dilihat berulang alik ke meja makan untuk merasai setiap hidangan. Mereka jarang menyentuh kuih raya kecuali beberapa jenis biskut atau kerepek kegemaran. Mereka inilah juga suspek utama yang sering complain akan pertambahan berat badan sejurus selepas masuk ke kenderaan untuk menuju ke rumah seterusnya.

3) Geng Dapur

Biasanya terdiri daripada ‘mak-mak dara’ dan dibantu oleh beberapa anak dara kategori rajin atau ‘perempuan melayu terakhir’. Geng inilah yang bertanggungjawab memastikan makanan tersedia untuk tetamu, kuih-muih sentiasa ada di dalam balang dan pinggan mangkuk tidak putus.

Gambar: www.emaidsinc.com

4) Geng TV

Stesen TV berebut-rebut menyiarkan pelbagai rancangan menarik di hari raya. Filem-filem baru dan tidak kurang juga dengan sekuel telefilem serta drama popular turut ditayangkan. Geng TV kebiasaannya telah mengenal pasti rancangan yang ingin ditontoni lebih awal bagi membantu mereka merancang perjalanan raya. Jika terpaksa keluar beraya, mereka tidak segan silu meminta izin tuan rumah untuk menukar rancangan TV pilihan mereka.

Gambar: nicknashram.blogspot.com

5) Geng Sembang

Hari rayalah waktu terbaik untuk bertemu rakan taulan dan sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa. Mulalah satu demi satu cerita dikongsi. Recap segala cerita setahun. Niat asal hendak singgah beraya dua jam, akhirnya sehingga lima ke enam jam belum selesai, daripada waktu Zuhur masuk ke Maghriblah jawabnya. Gaya bersembang seperti langsung tidak berhubung, hakikatnya setiap hari sibuk bergosip di ruangan Whatsapp dan WeChat.

6) Geng Kutip Duit Raya

Geng kanak-kanak atau lebih tepat mereka yang masih bersekolah. Geng ini akan pastikan mereka berada berhampiran tetamu terutama ketika tetamu hampir pulang. Rugi jika terlepas peluang keemasan setahun sekali. Lagipun, rasa tercabar jika bilangan duit raya yang berjaya dikumpulkan kurang daripada adik beradik atau sepupu sepapat yang lain.

Gambar: www.thestar.com.my

7) Geng Melaram

Bukan sahaja anak dara, mak dara juga tidak ketinggalan. Persediaan awal telah dilakukan termasuk membeli busana indah secara online ataupun di butik terkemuka. Menggayakan tudung berjenama ataupun keluaran selebriti tempatan. YouTube dijadikan rujukan untuk mempelajari teknik solekan terbaik. Mereka sanggup berhabis beribu ringgit untuk tampil menawan di hari raya.

Gambar: nicknashram.blogspot.com

8) Geng Kera Sumbang

Geng ini hanyut dengan dunia mereka sendiri. Mereka kebiasaanya dilihat beraya bersama gajet masing-masing. Sebahagiannya tersenyum sendiri dan tidak kurang juga yang ralit bermain games online. Geng ini hanya muncul untuk bersalaman dengan saudara mara sebelum mencari posisi terbaik di mana-mana sudut rumah untuk terus hanyut dengan dunia maya mereka. Cukup-cukuplah tu dengan gajet, sekali sekali bercakap dengan tetamu secara face to face, berkenal-kenalan dengan rakan baru atau paling kurang pun, bantu geng dapur... Bukankah itu lebih baik?

Gambar: www.cnbc.com

Tidak kiralah anda berada di geng mana, yang penting lebaran dapat dirai dengan cara tersendiri. Almaklumlah, setahun hanya sekali. Buat si gadis sunti, tunjuklah muka di Aidilfitri siapa tahu jodohmu menanti.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 8 Jenis Manusia Beraya

Sekianlah artikel 8 Jenis Manusia Beraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 8 Jenis Manusia Beraya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/8-jenis-manusia-beraya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :