Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya

Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya
link : Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya

Baca juga


Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya

Setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari pusat tersebut.

Menurut pegawainya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pasukan perubatan IJN memaklumkan bahawa Abdul Hadi masih perlu mendapatkan rehat secukupnya supaya benar-benar pulih daripada pembedahan yang dialaminya.

“Sebagaimana dimaklumkan kepada kepimpinan PAS, Abdul Hadi masih belum dapat memenuhi undangan penganjuran program parti dalam tempoh beberapa minggu ini sehingga dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 16 Mei lalu, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan media tempatan sebagai telah selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung beliau di IJN.

Menurut Ahmad Samsuri, pihaknya mengucapkan setinggi penghargaan kepada IJN, ahli parti serta penyokong PAS yang sentiasa berdoa kepada Allah agar presiden parti itu diberikan kesihatan untuk memimpin PAS dan ummah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara individu yang paling awal melawat Abdul Hadi di IJN iaitu pada 18 Mei lalu.

Beliau meluangkan masa selama 15 minit serta turut berperluang bertemu sendiri dengan ahli keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat pemimpin pembangkang tersebut.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

“Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib menerusi laman Twitter dan Facebook rasmi beliau.

Abdul Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung di IJN selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya

Sekianlah artikel Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN, Pembedahan Berjaya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/abdul-hadi-dibenar-keluar-ijn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :