Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya

Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya
link : Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya

Baca juga


Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Loading...

TIPS KESIHATAN

Bilik tempat suspek mengurung dua anaknya. (Gambar kecil) Senjata digunakan suspek. FOTO ihsan polis

Lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung anaknya dan mengacukan pedang di leher mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

“Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik

“Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, bimbang perkara tidak diingini, sepupu suspek segera menghubungi polis.

“Sepasukan polis yang tiba cuba memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan anak-anaknya.

“Polis juga mengepung lokasi kejadian dan beberapa minit kemudian, suspek membawa anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera manakala suspek ditahan dan senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur dirampas .

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh,” katanya. – Metro

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya

Sekianlah artikel Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Acu Pedang Samurai Di Leher Anak, Lelaki Mengamuk Jandanya Tak Pulang Beraya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/acu-pedang-samurai-di-leher-anak-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :