Adik Ipar TPM Meninggal Dunia

Adik Ipar TPM Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik Ipar TPM Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik Ipar TPM Meninggal Dunia
link : Adik Ipar TPM Meninggal Dunia

Baca juga


Adik Ipar TPM Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Adik ipar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 10.59 pagi tadi.

Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul 3 pagi semalam.

Sementara itu adik Ahmad Zahid, Datuk Mohd Lokman Hamidi,  54, berkata jenazah telah disembahyangkan di surau HAT Tuanku Mizan dan dibawa pulang ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun selepas waktu Zohor.

Allahyarham merupakan adik ketiga Datin Seri Hamidah Khamis iaitu isteri kepada Ahmad Zahid,” kata adik keempat timbalan perdana menteri itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham Kamarulzaman yang berasal dari Melaka meninggalkan isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Sementara itu, Ahmad Zahid  hari ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman facebook rasminya.

“Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa adinda ipar saya Kamarulzaman Khamis telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.59 pagi di HAT Tuanku Mizan.

“Al-Fatihah…semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik Ipar TPM Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/adik-ipar-tpm-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :