Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput

Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput
link : Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput

Baca juga


Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput

PRIHATIN… Pelawak, Afdlin Shauki Aksan menyertai Misi Bantuan Pelarian Syria di Lubnan pada 10 Jun ini bagi memberi bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, makanan dan ubat-ubatan.

Pelakon komedi berusia 46 tahun itu dilaporkan tersentuh hati dengan nasib pelarian Syria dan dia turut membuat perancangan teliti untuk membantu menerusi Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sayu dan sedih apabila dengar pelarian Syria hanya berbuka puasa dengan merebus rumput! Walaupun sebahagian besar mampu bekerja, mereka tidak dibenarkan melakukan apa-apa disebabkan status sebagai pelarian.

“Jadi, cara pelarian ini untuk terus hidup adalah dengan harap ihsan bantuan pihak luar sahaja. Kalau tiada siapa bantu, hidup tambah daif. Sebab itu, kutipan dana masih diteruskan walaupun selepas tamat misi ini,” katanya.

Afdlin berada di negara bergolak rantau Asia Barat itu selama tujuh hari. Bakal berdepan cuaca musim panas, dia mengakui tidak membuat sebarang persediaan rapi sebaliknya hanya reda dengan qada dan qadar Allah SWT.

“Ini adalah pengalaman pertama saya ke Lubnan dan melakukan misi kemanusiaan pada bulan puasa. “Insya-Allah, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah berdasarkan kepada beberapa pengalaman yang lain sebelum ini.

“Apa-apa pun, saya percaya kepada konsep reda dan tawakal dengan apa yang berlaku,” kata anak jati Johor Bahru, Johor ini dan suami kepada Maria Christina Orow Abdullah serta bapa kepada tiga orang cahaya mata tersebut.

Bagaimanapun, bintang filem Papadom, Buli, Baik Punya Cilok dan Sumolah ini bersyukur apabila mendapat kebenaran daripada ibunya, Fadzilah Jelani dan keluarganya sendiri untuk melaksanakan misi kemanusiaan itu.

Sebelum ini, saya pernah dihalang oleh ibu dan keluarga untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Yaman, kerana kebetulan berlaku insiden pengeboman oleh tentera Amerika Syarikat (US) sehari sebelum bertolak ke sana.

“Saya memang tidak suka berfikir bukan-bukan, kerana saya suka mencabar diri sendiri. Kalau orang lain mampu buat kenapa saya tidak? Tetapi, saya juga sangat menitikberatkan restu daripada ibu dan keluarga,” kata Afdlin.

Orang ramai yang mahu membantu misi boleh menyalurkan sumbangan kepada Tabung Pendidikan dan Kebajikan Yayasan Kubra melalui akaun Bank Islam 14023010012816 (notakan ‘4 Syria). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput

Sekianlah artikel Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Afdlin Sayu Pelarian Syria Berbuka Makan Rumput dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/afdlin-sayu-pelarian-syria-berbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :