Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey

Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey
link : Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey

Baca juga


Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hadapi satu lagi pukulan hebat bila 200 orang ahlinya di Melaka bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.

Tindakan mereka diketuai bekas Ketua penyelaras Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Melaka Mohd Hazif Iskandar Mohd Jamil.

Beliau berkata mereka smeua memutuskan untuk kembali kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional dan keputusan dibuat secara rela hati dan tanpa paksaan kerana ingin kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun berjuang melawan arus.

Mohd Hafiz, 32, berkata beliau dan rakan-rakannya memilih kembali kepada UMNO kerana percaya hanya parti itu yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau mendakwa kepimpinan PPBM tidak menjaga kebajikan anggota dan hanya mengguna khidmat mereka terutamanya anggota muda tanpa menghargainya.

"Selepas selesai mengguna kami...mereka (pemimpin PBBM) nak ucapkan terima kasih pun susah... hanya mencari kami apabila mereka perlukan tenaga kami," katanya sambil memberitahu bahawa lebih ramai lagi anggota PPBM dijangka menyertai semula UMNO.

Mohd Hafiz menyatakan demikian pada wartawan di majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa UMNO bahagian Masjid Tanah di Alor Gajah.

Turut hadir Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Sementara itu, Ab Rauf mengucapkan terima kasih kepada Mohd Hafiz dan rakan-rakannya kerana kembali menyetai UMNO.

"UMNO merupakan parti unggul yang sejak 60 tahun lepas berjaya menguruskan masyarakat...hanya UMNO mampu menentukan masa depan anak bangsa dan negara. Parti lain tidak mampu berjuang seperti UMNO," katanya.


Demikianlah Artikel Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey

Sekianlah artikel Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli PPBM Melaka pula keluar beramai-ramai…Padan Muka Madey dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ahli-ppbm-melaka-pula-keluar-beramai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :