Air Mata Duka Bekas Guru

Air Mata Duka Bekas Guru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Air Mata Duka Bekas Guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Air Mata Duka Bekas Guru
link : Air Mata Duka Bekas Guru

Baca juga


Air Mata Duka Bekas Guru

KOTA KINABALU – Bekas guru wanita di sebuah sekolah swasta menangis selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas tertuduh didapati bersalah mengedar syabu seberat 959.5 gram (g) pada 2013.

Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 44, selepas berpuas hati apabila pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Suhailah yang memakai baju kurung berwarna coklat dan tudung labuh hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika hukuman dibacakan.

Bagaimanapun, sebaik tertuduh keluar dari pintu mahkamah, Suhailah kelihatan sebak sebelum ditenangkan peguam belanya, Datuk Seri Rakhbir Singh.

Mengikut pertuduhan, Suhailah dituduh mengedar syabu seberat 959.5g di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jam 11.50 pagi pada 27 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mac 2015, pertuduhan dipinda kepada hukuman lebih ringan dan Suhailah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan.

Pertuduhan dipinda mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) (r) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan rotan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tertuduh dan pada 18 Julai 2016, Mahkamah Rayuan mengarahkan kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk tertuduh membela diri daripada pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Sementara itu, Rakhbir ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan. – myMetro Online

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Air Mata Duka Bekas Guru

Sekianlah artikel Air Mata Duka Bekas Guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Air Mata Duka Bekas Guru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/air-mata-duka-bekas-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :