link : Akta Keselamatan Siber dibentang pada sesi depan
Akta Keselamatan Siber dibentang pada sesi depan
JOHOR BAHRU: Akta Keselamatan Siber bagi mengekang pelbagai ancaman jenayah siber termasuk perjudian atas talian akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau juga sudah menyerahkan draf berkaitan akta berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara, semalam.
Katanya, beliau turut mengadakan mesyuarat Keselamatan Siber di Kuala Lumpur, semalam.
"Perkara ini sudah saya bincangkan bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan draf mengenainya juga sudah diserahkan, semalam.
"Pejabat Peguam Negara akan meneliti draf berkenaan sebelum ia dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meluangkan masa hampir 30 minit melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini.
Beliau turut melawat Pusat Sehenti Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) di bangunan berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Katanya, memandangkan Keselamatan Siber di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN) maka pembentangan akta berkenaan akan dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri.
"Yang penting bukan sahaja pembentangan akta berkenaan, tetapi usaha atau fokus yang diberikan untuk menangani jenayah siber termasuk mencari ahli untuk kumpulan pengganas, pemberian dana bagi membiayai kumpulan pengganas dan juga perjudian atas talian," katanya.-BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Akta Keselamatan Siber dibentang pada sesi depan
Sekianlah artikel Akta Keselamatan Siber dibentang pada sesi depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akta Keselamatan Siber dibentang pada sesi depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/akta-keselamatan-siber-dibentang-pada.html