Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat
link : Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Baca juga


Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

BUAT pertama kalinya, penyanyi, Ernie Zakri berbesar hati apabila dapat meraikan 30 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari menerusi majlis berbuka puasa bersama ahli kelab peminatnya, Ernienators.

Katanya, program amal itu dianjurkan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dengan kerjasama Adabi yang diadakan di perkarangan Mydin Mall USJ Mydin, baru-baru ini.

“Biasanya, saya memang akan melakukan pelbagai aktiviti bersama kelab peminat.

“Tiada tujuan lain ia hanyalah untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

“Tapi, untuk kali ini, selain mengadakan aktiviti berbuka puasa, saya fikir tiada salahnya untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan ini,” katanya pada Media Hiburan.

Selain berbuka puasa, Ernie dan 27 ahli kelab peminatnya juga sama-sama turun padang melayan karenah dan kemahuan anak-anak yatim menerusi program ‘charity shopping’ bagi membeli baju raya masing-masing.

“Saya dan ahli kelab peminat tampil sebagai sukarelawan membantu anak-anak yatim ini.

“Jujurnya, kita seronok melayan anak-anak kecil ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, penyanyi meningkat naik, Shiha Zikir turut menyertai program amal itu.

Bantu golongan memerlukan

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi Mydin, Sabariah Mohd berkata, program sehari suntuk ini merupakan kerjasama pertama di antara Mydin dan Adabi.

Katanya, kerjasama itu bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di samping meneruskan tradisi kepada kerja-kerja kebajikan, pada setiap tahun.

“Tujuan utama kita hanyalah mahu membuat orang rasa gembira.

“Bahkan, Mydin juga sentiasa terbuka menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Kita berusaha membantu seramai mungkin golongan memerlukan lagi pula pada bulan yang mulia ini,” katanya

Katanya, menerusi program charity shopping, Mydin memperuntukkan RM120 seorang untuk semua anak-anak yatim berusia 4 sehingga 16 tahun itu.

“Kita bukan saja dibantu oleh kakitangan Mydin tetapi juga membabitkan sukarelawan luar seperti Ernie dan kelab peminatnya serta Shiha.

“Mereka akan membantu memilih kelengkapan pakaian raya seperti baju Melayu, baju kurung, tudung dan sebagainya mengikut bajet yang ditetapkan.

“Bahkan, Anak-anak yatim ini juga menerima bantuan duit raya daripada Adabi,” katanya.

Selain sumbangan baju raya dan duit raya, katanya, hasil kerjasama itu turut membabitkan pengagihan lebih 6500 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung pasar raya itu dan penduduk di sekitarnya.

“Kita sudah membuat persediaan untuk memasak bubur lambuk sejak awal pagi dan ia mengambil masa selama dua jam untuk disiapkan.

“Program itu melibatkan hampir 100 orang, terdiri daripada kakitangan Mydin, Adabi, jemaah masjid dan komuniti dari Subang Jaya. Proses pengagihan pula dilakukan bermula jam 3 petang.

“Makanan selalunya berjaya membuat orang happy. Lagipun, bulan puasa ini sememangnya sinonim bubur lambuk, jadi menerusi program ini kita lihat semua masyarakat bersatu,” katanya.

The post Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat

Sekianlah artikel Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktiviti Ramadan Ernie bersama peminat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aktiviti-ramadan-ernie-bersama-peminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :