link : Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Lancar Pagi Ini
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Lancar Pagi Ini
KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi in berikutan persiapan warga kota balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, hujung minggu ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata tiada laluan yang sesak menghala ke arah selatan dan utara.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal..
“Aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Lancar Pagi Ini
Anda sekarang membaca artikel Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Masih Lancar Pagi Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aliran-trafik-di-lebuh-raya-utama-masih.html