link : Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
SEORANG pemilik bengkel cemas apabila sebuah ambulans yang yang sepatutnya dibaiki didapati hilang di kedai bengkel kenderaannya di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut pemilik bengkel tersebut yang enggan dikenali namun berusia 47 tahun, dia menyedari kehilangan ambulans itu kira-kira pukul 8.30 pagi.
Susulan itu, pemilik bengkel berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, kali terakhir ambulans itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan laporan tersebut.
Difahamkan, pengadu menerima ambulans tersebut untuk dibaiki masalah brek, kelmarin.
“Kita turut menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah tempat letak kereta terbuka di hadapan bengkel kereta.
“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memecahkan cermin tingkap ambulans sebelum melarikan kenderaan itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”katanya.
Jelasnya, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
Sekianlah artikel Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ambulans-pun-kena-curi-bulan-ramadan_22.html