link : Anak Gaddafi Dibebaskan, Tak Tahu Di Mana
Anak Gaddafi Dibebaskan, Tak Tahu Di Mana
BENGHAZI: Saif al-Islam Gaddafi, anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dibebaskan oleh kumpulan bersenjata yang menahannya di bandar Zintan, barat negara itu, tempat dia ditahan selepas pemberontakan 2011 yang menyaksikan bapa dia diguling dan dibunuh.
Pembebasan Saif diumumkan oleh seorang peguamnya dan juga menerusi kenyataan kumpulan berkenaan.
Kedua-dua pihak berkata, Saif dibebaskan di bawah undang-undang pengampunan yang diluluskan oleh Parlimen yang berpusat di timur Libya.
Peguam terbabit, Khaled al-Zaidi berkata, Saif berlepas ke sebuah bandar lain di Libya tetapi tidak boleh mendedahkannya atas alasan keselamatan.
Laporan mengenai pembebasan Saif dari Zintan sebelum ini hanya palsu belaka dan terdapat laporan bercanggah mengenai statusnya sejak dia ditahan.
Saif, 44, adalah anak Gaddafi paling terkenal dan dianggap oleh beberapa pihak sebagai bakal penggantinya sebelum kebangkitan enam tahun lalu yang mengguling dan membunuh pemimpin Libya itu.
Kumpulan yang dikenali sebagai Briged Abubaker Sadiq berkata, ia memutus untuk membebaskan Saif selepas permintaan daripada Kementerian Kehakiman sebuah kerajaan yang berpusat di timur negara itu.
Sebuah mahkamah di Tripoli menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 2015 kerana jenayah perang, termasuk membunuh penunjuk perasaan ketika revolusi.
Libya terjerumus ke dalam kekacauan selepas penggulingan Gaddafi.
Zintan yang tambah berpengaruh menerusi peranannya dalam revolusi 2011, tidak sehaluan dengan pihak berkuasa di Tripoli serta enggan menyerahkan Saif.-Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Anak Gaddafi Dibebaskan, Tak Tahu Di Mana
Sekianlah artikel Anak Gaddafi Dibebaskan, Tak Tahu Di Mana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak Gaddafi Dibebaskan, Tak Tahu Di Mana dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anak-gaddafi-dibebaskan-tak-tahu-di-mana.html