link : Anak pakai lampin pakai buang berulang kali jadi tular
Anak pakai lampin pakai buang berulang kali jadi tular
Pengguna media sosial di sini semalam berkongsi kisah sedih seorang bapa lewat usia membesarkan dua anak OKU dalam keadaan serba kekurangan.
Abdul Rahman Jusoh, 73, membesarkan dua anak kandung yang disahkan OKU fizikal dan masalah pembelajaran dalam keadaan serba kekurangan dengan pendapatan tidak menentu di Kampung Paya Mengkuang Ladang di sini.
Keadaan rumah didiami tiga beranak ini sangat uzur.
Kisah duka bapa misali ini didedahkan kumpulan anak muda yang menggelar diri mereka geng ‘pencucidosa’ diketuai pemilik syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel and Tour Sdn Bhd, Al-Fadhil Khidir yang melihat sendiri kesengsaraan dialami keluarga ini dan seterusnya dikongsi di media sosial.
Fadil ketika dihubungi semalam berkata, salah seorang OKU itu, dikenali Musa Abdul Rahman terpaksa diletakkan di dalam kandang kayu bagi mengelakkan badannya terkulai tanpa sokongan.
Musa terpaksa diletakkan di dalam kandang kayu bagi mengelakkan badannya terkulai tanpa sokongan.
Menurut Fadil, Musa terpaksa dibiarkan begitu kerana kecacatan fizikal padanya sehinggakan tidak mampu mengampu kepala dan badannya sendiri.
Malah lebih sedih, Fadil berkata, Musa terpaksa memakai lampin pakai buang berulang kali dek kerana kesempitan hidup keluarganya.
“Kulit kaki pun dah berkudis, ada kulit yang tercabut bila digaru. Lampin pakai buang terpaksa guna berulang kali yang jadi punca dia berkudis.
“Macamanalah kehidupan anak ini selepas ketiadaan bapanya nanti,” katanya.
The post Anak pakai lampin pakai buang berulang kali jadi tular appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Anak pakai lampin pakai buang berulang kali jadi tular
Anda sekarang membaca artikel Anak pakai lampin pakai buang berulang kali jadi tular dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anak-pakai-lampin-pakai-buang-berulang.html