Anak Yoon Son Ha membuli

Anak Yoon Son Ha membuli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Yoon Son Ha membuli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Yoon Son Ha membuli
link : Anak Yoon Son Ha membuli

Baca juga


Anak Yoon Son Ha membuli

Annyeonghaseyo! Pelakon terkenal kecewa apabila anak lelakinya terbabit dalam satu kes buli serius baru-baru ini.

Menurut ibu bapa mangsa buli yang juga rakan sekolah anaknya itu, mangsa berkenaan ditekup dengan selimut sebelum dipukul berkali-kali menggunakan kayu besbol.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika aktiviti di Sekolah Persediaan Soongeui.

Menurut wartawan yang mendedahkan cerita itu, pada mulanya dia berdepan kesukaran untuk membongkar kejadian itu.

Selain itu, dia turut mempersoalkan peranan sekolah dalam insiden itu.

“Saya berdepan keraguan menulis mengenai berita itu pada mulanya kerana perlu menulis mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun.

“Laporan saya perlu dibuat secara berhemah supaya tidak memudaratkan kanak-kanak itu. Namun, semestinya kesakitan paling dirasai mangsa buli kerana pihak sekolah sendiri tidak mampu kurangkan penderitaan mereka.

“Walaupun ibu bapa pembuli lain seakan-akan tidak mahu membuat permohonan maaf, Yoon Son Ha sudah melawat keluarga mangsa dan memohon maaf kepada kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sementara itu, pelakon berkenaan menafikan laporan kanak-kanak itu dipukul dengan kayu besbol.

“Situasi itu berlaku ketika mereka bermain di sebuah bilik yang mempunyai selimut. Murid lain menolak kanak-kanak itu ke dalam selimut dan membiarkannya beberapa ketika.

“Bagaimanapun, berita mengenai dia dipukul teruk tidak benar sama sekali. Alat yang digunakan adalah batang plastik dibalut dengan stereofoam yang biasa jadi mainan kanak-kanak dan bukannya senjata berbahaya,” katanya.

Sejurus memberikan kenyataan itu, orang awam jelas masih tidak berpuas hati dengan meminta dia digugurkan daripada penggambaran program KBS’s The Best Hit.

Bagaimanapun, pihak KBS belum memutuskan sebarang tindakan yang diambil terhadapnya.

The post Anak Yoon Son Ha membuli appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anak Yoon Son Ha membuli

Sekianlah artikel Anak Yoon Son Ha membuli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Yoon Son Ha membuli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anak-yoon-son-ha-membuli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :