Angkat Kereta Selamatkan Mangsa

Angkat Kereta Selamatkan Mangsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angkat Kereta Selamatkan Mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angkat Kereta Selamatkan Mangsa
link : Angkat Kereta Selamatkan Mangsa

Baca juga


Angkat Kereta Selamatkan Mangsa


SICHUAN (CHINA): Sekumpulan pejalan kaki bergegas membantu seorang lelaki yang terperangkap di bawah kereta selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di barat daya China dengan mengangkat kenderaan itu dan membebaskannya.

Televisyen satelit Sichuan melaporkan, rakaman video kejadian yang berlaku pada Jumaat pagi di Yibin itu, menunjukkan kenderaan terbabit terlebih dulu melanggar seorang wanita warga emas sebelum merempuh lelaki berkenaan.

Orang ramai segera berkumpul dan lebih ramai lagi yang datang membantu mengangkat kereta untuk mengeluarkan lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan yang berusia sekitar 20-an, masih sedarkan diri selepas diselamatkan, sementara wanita warga emas parah, kata seorang saksi.

Kedua-duanya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Seorang daripada penyelamat itu memberitahu stesen televisyen itu: “Nyawa sangat berharga. Keutamaan kami adalah menyelamatkan orang.”

Sementara seorang lagi penyelamat dipetik berkata: “Reaksi saya spontan. Lelaki itu terperangkap dan tindakan pertama saya adalah untuk membantunya keluar.”

Lelaki itu kini dalam keadaan stabil, manakala keadaan warga emas itu tidak diketahui. Punca kemalangan itu sedang disiasat.-Agensi
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Angkat Kereta Selamatkan Mangsa

Sekianlah artikel Angkat Kereta Selamatkan Mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angkat Kereta Selamatkan Mangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/angkat-kereta-selamatkan-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :