Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya

Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya
link : Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya

Baca juga


Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya

SEMAKIN dekat hari nak kahwin, makin berdebar hati pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus.
Kurang lagi sebulan Anis, 29, akan melangsungkan perkahwinannya dengan Aiman Rafzan, 35.
Anis berkata, dia hanya memikirkan kerja dan persiapan kahwin berbanding untuk sambutan hari raya.
“Sekarang ini saya hanya fikir nak cepat habiskan kerja dan boleh fokus pada persiapan perkahwinan pula. Majlis pula tinggal beberapa hari saja.

“Alhamdulillah persiapan kahwin sudah hampir siap sepenuhnya. Manakala, untuk persiapan hari raya pula, saya serahkan kepada ibu dan ayah untuk uruskan. Tapi saya ada beli biskut dan baju raya.
“Kalau ikutkan hati, saya tak sabar nak cuti panjang untuk selesaikan semua ini. Selepas itu rehat dan manjakan diri pula,” kata Anis .

Tambah Anis lagi, dia juga merancang untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinannya.
“Patutnya bulan Ramadan ini senang nak turun berat tapi berbeza pula dengan saya. Tapi saya tak ada masa untuk menjaga pemakanan.

“Lagi-lagi sibuk dengan kerja, perut pun jadi lapar. Bila waktu berbuka, saya makan dengan banyak.
“Saya ada masa lebih kurang 19 hari lagi selepas raya untuk kuruskan badan sebelum majlis pernikahan,” ujarnya.

Menurut penyanyi lagu Mengapa ini, majlis pernikahan itu akan diadakan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri rakan-rakan yang rapat dengan dirinya sahaja pada 7 Julai depan.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Tunang Anis, Aiman atau Mohd Rafzan Nuhikmal Abdul Halim, 35, mempunyai seorang anak lelaki bernama Aidy Ilham Rafique yang kini sudah berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

The post Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya

Sekianlah artikel Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anis Al Idrus Fikir Kahwin Berbanding Hari Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anis-al-idrus-fikir-kahwin-berbanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :