link : Anjing Jilat, Bertenggek Di Meja Jualan Bazar Ramadan
Anjing Jilat, Bertenggek Di Meja Jualan Bazar Ramadan
SABAK BERNAM : Seorang peniaga mendakwa melihat anjing dan kucing bertenggek dan menjilat peralatan jualan di bazar Ramadan Sungai Besar.
Mohd Jamali Mustar berkata haiwan itu muncul pada waktu malam atau awal pagi mencari sisa makanan yang ditinggalkan, lapor Sinar Harian.
“Saya selalu nampak anjing dan kucing naik atas meja di bazar Ramadan. Ini bukan perkara remeh, lebih-lebih lagi kalau peniaga sendiri tak nak tutup dan kemas meja elok-elok.
“Loya tekak saya bila tengok anjing atau kucing bertenggek atas meja dan kemudian jilat meja dan peralatan pembakar,” katanya.
Oleh itu, lelaki tersebut, 54, menyarankan agar Majlis Daerah Sabak Bernam mengarahkan semua peniaga supaya tidak meninggalkan peralatan mereka di situ.
“Saya harap peniaga tak tinggalkan meja dan peralatan memasak di bazar bagi mengelak kehadiran haiwan ini,” katanya, yang berniaga berhampiran bazar itu.
Beliau turut mencadangkan peniaga menggunakan khemah sendiri kerana “semua barang akan diangkut bawa balik ke rumah” jika tiada khemah. - MalayMailOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Anjing Jilat, Bertenggek Di Meja Jualan Bazar Ramadan
Sekianlah artikel Anjing Jilat, Bertenggek Di Meja Jualan Bazar Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anjing Jilat, Bertenggek Di Meja Jualan Bazar Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anjing-jilat-bertenggek-di-meja-jualan.html