Anwar, kembalilah kepada UMNO

Anwar, kembalilah kepada UMNO - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar, kembalilah kepada UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar, kembalilah kepada UMNO
link : Anwar, kembalilah kepada UMNO

Baca juga


Anwar, kembalilah kepada UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya kembali kepada UMNO demi perpaduan orang Melayu yang akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, dahulu Anwar dikeluarkan daripada UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Presiden parti dan sekarang dengan ketiadaan bekas Perdana Menteri itu dalam UMNO, maka ini adalah waktu yang tepat untuk Anwar kembali.

Menurutnya, jika Anwar ‘terikat’ de­ngan parti yang di­sertainya sekarang, masih tidak salah untuk beliau bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Ini nasihat untuk kawan lama saya (Anwar). Saya lihat Melayu kini berpecah. Lupakan mengenai masa lalu. Melayu akan me­nerima manfaat daripada kerjasama ini.

“Saya hanya memikirkan mengenai perpaduan dalam masyarakat Melayu dan bukan­nya berkaitan pilihan raya. Apabila mereka bersatu ini akan memberi kebaikan kepada semua.

“Ini hanya pandangan saya sahaja. Saya tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk melakukan kerjasama itu, namun saya sanggup menjadi orang tengah antara Anwar dan UMNO bagi memastikan kerjasama ini menjadi nyata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakaruppan berharap agar kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Anwar dapat mengambil kira cadangan beliau itu dengan sebaik-baiknya supaya ia dapat direa­lisasikan secepat mungkin.

Beliau percaya tiada masalah untuk Anwar kembali bekerjasama dengan UMNO dan BN kerana beliau dahulu pernah menjadi pemimpin dalam parti itu.

Bagi pihak pemimpin UMNO pula katanya, mereka perlu mengambil kira cadangan itu untuk penyatuan Melayu kerana jika Melayu bersatu tiada siapa yang dapat menggoyahkan negara.

“Bila Anwar kembali, beliau boleh me­lakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan UMNO. Saya tidak mahu mereka (Me­layu) berpecah,” katanya

Menurutnya, Anwar baru-baru ini memberitahu bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diketuai DAP memenangi pilihanraya umum, justeru adakah Penasihat PKR itu sanggup bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang jelas mahukan jawatan itu.

Kata Nallakaruppan, Anwar sepatutnya tahu sikap Dr. Mahathir dan jika beliau seorang yang bijak Anwar tidak sepatutnya bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu terutama selepas apa yang dilakukan terhadapnya dahulu.

“Orang hanya melihat pada satu sudut sahaja (cadangan ini) iaitu pembangkang bekerjasama dengan kerajaan, tetapi saya berfikiran lain. Melayu adalah majoriti dalam negara dan perlu bersatu. Jika mereka berminat mereka boleh beritahu dan saya sanggup membantu,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Online

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO

Sekianlah artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anwar-kembalilah-kepada-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :