link : Anwar, Mahathir Calon PM Pakatan Harapan
Anwar, Mahathir Calon PM Pakatan Harapan
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub memaklumkan parti itu tidak meletakkan isu calon Perdana Menteri dalam kalangan pimpinan PAN sebagai satu keutamaan
Kata beliau, keutamaan PAN adalah untuk menjadi penyumbang terbaik bagi mendapatkan sokongan dan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
“PAN mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada PAN oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan atau Sekretariat Pakatan Harapan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
“PAN bercita-cita menjadi “critical political actors” yang kritikal bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dibarisi DAP, PKR dan PAN – Pakatan Harapan turut menjalin kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Kenyataan Salahuddin juga seolah-olah mengesahkan dakwaan penyokong PAS bahawa PAN yang mendakwa sebuah parti Islam sebenarnya khadam kepada parti sekular dan liberal PKR serta DAP yang bercita-cita untuk menukar sistem pentadbiran negara ini.
Dakwaan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Salahuddin iaitu PAN memperakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dakwa Salahuddin , kedua-dua individu itu amat berkelayakan untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara dalam PRU akan datang.
“PAN akan terus memberikan segala komitmen dan kesetiaan pada maufakat politik dalam Pakatan Harapan. Insya’ Allah,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Anwar, Mahathir Calon PM Pakatan Harapan
Anda sekarang membaca artikel Anwar, Mahathir Calon PM Pakatan Harapan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anwar-mahathir-calon-pm-pakatan-harapan.html