link : Anwar sebagai PM adalah konsensus Pakatan Harapan - Shamsul Iskandar
Anwar sebagai PM adalah konsensus Pakatan Harapan - Shamsul Iskandar
Itu tegas Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan setiap pemimpin dalam komponen PH tidak boleh mendahului keputusan dan ketetapan yang diputuskan menerusi konsensus tersebut demi menjamin keutuhan dan kesepakatan komponen itu.
"Sejak dari awal pembentukan PH, konsensusnya adalah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri seandainya berlaku perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Justeru soal siapa calon Perdana Menteri bukanlah isu dan tidak harus dibangkitkan lagi. Keutamaan dan fokus kita sewajarnya adalah mengembleng kekuatan untuk memenangi PRU14," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Tambahnya, isu pelantikan perdana menteri interim pada kongres Keadilan yang lalu merupakan perkara normal dalam politik.
"Berkaitan isu perdana menteri interim yang dibahaskan dalam kongres Keadilan baru-baru ini, ia merupakan sesuatu yang normal dalam politik bila mana wujud pemimpin sementara
yang berperanan dalam tempoh peralihan," jelasnya.
Justeru, beliau mengajak generasi muda mendukung agenda Reformasi dan cita-cita untuk melakukan perubahan dengan menolak sistem lama yang bersifat autokratik.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Anwar sebagai PM adalah konsensus Pakatan Harapan - Shamsul Iskandar
Anda sekarang membaca artikel Anwar sebagai PM adalah konsensus Pakatan Harapan - Shamsul Iskandar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anwar-sebagai-pm-adalah-konsensus.html