APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir

APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir
link : APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir

Baca juga


APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir

MELAKA – Seramai 190 anggota pelbagai agensi di bawah Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka digerakkan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini yang terjejas akibat musibah berkenaan sejak Isnin lepas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata seramai 70 anggota ditempatkan di kawasan sekitar Jasin, manakala 120 anggota dikerahkan di kawasan sekitar Alor Gajah.

Katanya antara agensi berkaitan di bawah seliaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Kesemua agensi berkenaan ditempatkan di pejabat-pejabat operasi banjir bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada mangsa terutama di kawasan yang kerap dilanda banjir iaitu di Durian Tunggal di Alor Gajah dan Tehel di Jasin. 

“Walaupun trend air banjir di Melaka surut, namun anggota yang ditugaskan bersedia turun padang membantu mangsa banjir membersihkan premis kediaman dan menyampaikan bantuan makanan,” katanya kepada Bernama. 

​​​​​​​Effendy yang juga Ketua Sekretariat JPBN Melaka berkata pihaknya akan sentiasa bersiap sedia dan tampil awal di lokasi jika terdapat laporan berlaku banjir bagi memberikan bantuan segera selain akan terus memantau serta membantu mangsa termasuk selepas bencana itu pulih.

Beliau berkata pihaknya turut akan sentiasa memantapkan pengurusan bagi menghadapi musibah berkenaan dari pelbagai aspek terutama pendaftaran mangsa banjir, mengemas kini maklumat mangsa yang dipindahkan serta memastikan bantuan makanan, keperluan dan air bersih dapat disalurkan dengan segera.

Menurut beliau selain itu orang ramai diharap agar mempunyai kesedaran untuk membuat persiapan sebelum menghadapi musim banjir terutama mereka di kawasan terlibat supaya menyimpan barangan mereka di tempat selamat.

Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya hari ini selepas sebuah pusat pemindahan terakhir yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga di Jasin, ditutup pada 9 pagi tadi.

Pada Isnin lepas, sebanyak empat pusat pemindahan banjir di buka iaitu tiga di Alor Gajah dan satu di Jasin yang menempatkan sejumlah kira-kira 200 mangsa banjir ekoran air sungai di beberapa kawasan melimpah akibat hujan lebat. 

Antara kawasan yang dilanda bencana berkenaan termasuk Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Pulau di Alor Gajah serta Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di Jasin.  – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir

Sekianlah artikel APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APM Melaka Gerak 190 Anggota Bantu Mangsa Banjir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/apm-melaka-gerak-190-anggota-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :