Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta

Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta
link : Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta

Baca juga


Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta

Arab Saudi baru-baru ini menahan seorang aktivis wanita yang tidak lama dulu mencabar undang-undang negara itu yang melarang golongan wanita memandu kereta.

Loujain al-Hathloul ditahan Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahad di Dammam, sebelum menaiki penerbangan ke Riyadh di mana beliau dijangka disoal siasat oleh Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Arab Saudi.

Dalam reaksinya, pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International berkata penahanan Loujain hanya memberikan isyarat jelas yang negara itu tidak berminat mempertahankan hak asasi dan kesamaan antara manusia.

“Beliau tidak dibenarkan berhubung dengan peguam atau ahli keluarga. Tujuan utama penahanannya masih tidak diketahui, tetapi Amnesty International percaya ia berkait dengan aktivisme kemanusiaannya.”

Pada November 2014, Loujain cuba memandu kenderaan dari UAE ke Arab Saudi, sebelum ditahan selama lebih 2 bulan, sebagai usaha mencabar pengharaman wanita memandu kenderaan.

Negara yang masih terikat dengan ajaran aliran Wahabi itu menguatkuasakan peraturan itu atas alasan menjaga maruah dan keselamatan golongan itu, di samping mewajibkan seseorang wanita ditemani muhrim dalam sesuatu perjalanan.

Arab Saudi baru-baru ini dilantik sebagai salah sebuah 45 negara anggota Suruhanjaya Status Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengundang rasa terkilan pelbagai pihak disebabkan rekod buruk negara itu dalam soal melibatkan hak dan layanan terhadap wanita. - FMT
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta

Sekianlah artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Arab Saudi tahan aktivis wanita cabar pengharaman pandu kereta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/arab-saudi-tahan-aktivis-wanita-cabar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :