Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya

Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya
link : Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya

Baca juga


Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya

KUALA LUMPUR – Pemandu menggila ketika cuti raya? Awasilah.

Bayangkan situasi ini. Anda sedang memandu santai bersama keluarga pada kelajuan 90 km/jam di lorong paling kiri lebuh raya menuju ke arah Utara tanah air.

Secara tiba-tiba sebuah kereta import yang sedang memecut laju dari lorong kanan memperlahankan kereta dan tergesa-gesa menukar lorong, memotong di hadapan anda.

Anda terpaksa memijak brek kecemasan sekali gus menyebabkan bapa anda, warga emas berpenyakit jantung terkejut, begitu juga ibu anda turut tersentak dan segera merangkul cucunya yang berusia tiga tahun.

Bayangkan sekiranya anda leka tidak menumpukan perhatian kepada keadaan jalan dan kenderaan lain, tidak mustahil anda empat sekeluarga berakhir menjadi jenazah dalam keadaan ngeri.

Selepas kira-kira 200 meter memandu di bawah had laju, pemandu biadap itu kembali memecut dan memasuki lorong kanan.

Merujuk kepada peranti navigasi, rupa-rupanya terdapat kamera perangkap laju AES di lokasi itu.

Apa perasaan anda? Kisah benar ini hanyalah satu daripada situasi trafik yang mudah sahaja mengundang peningkatan statistik kemalangan maut.

KESAN DOMINO

Antara lain tabiat ‘kreatif’ pemandu Malaysia ialah kurang kesabaran dan kerap menukar lorong dalam trafik sesak, dengan anggapan lorong lain lebih laju berbanding lorong yang sedang digunakan.

Beberapa kenalan penulis termasuk seorang bapa empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai En A, 45, turut berasa jengkel dengan tabiat itu.

“Barangkali mereka perlu dipaksa masuk kelas logik,” sungut beliau.

Jelas beliau, apabila anda menukar lorong secara tiba-tiba, anda memaksa pemandu di lorong itu memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang dan mengelak kemalangan.

“Ini akan menyebabkan kesan ‘domino’ yang mana pemandu lain di belakangnya juga perlu memijak brek sekali gus memperlahankan trafik melibatkan banyak lagi kenderaan lain di belakangnya,” ulas anak jati Selangor itu.

Seterusnya, tentu ramai lagi pemandu di belakang yang tidak berpuas hati melihat lorong sebelah pula yang menjadi lebih laju dan akan rasa terdesak untuk menukar lorong. Sekali lagi kesan ‘domino’ berlaku.

Memburukkan lagi kesesakan trafik apabila golongan itu malas pula menyalakan lampu isyarat tetapi terus menukar lorong sekaligus menyebabkan pemandu lain berang.

MEMANDU DI AUSTRALIA

Doktor gigi, Dr. Mariya Yahya, 33, yang berpusat di Australia Selatan berpendapat kesesakan trafik sebenarnya merupakan masalah sikap buruk pemandu.

“Pemandu dan penunggang Malaysia serta di  kebanyakan negara Asia lain mempunyai kebiasaan enggan mengamalkan sikap bertolak ansur serta pemarah, malah kaki buli jalan raya dapat ditemui mudah.

“Di Australia ada ramai juga kaki buli terutama golongan berdarah Asia tetapi mereka masih mampu mengawal diri di jalan raya,” kata beliau yang telah menetap di Adelaide sejak berusia 18 tahun. Kami berbual menerusi laman Facebook. Mariya adalah ‘senior’ saya di University of Adelaide, Australia.

Trafik di negara itu sentiasa lancar, malah kadar kemalangan rendah banyak dibantu oleh pengurusan sistematik termasuk jalan raya bermutu tinggi, penyelenggaraan berkala dan pemasangan kamera AES di pelbagai lokasi strategik.

Pemandu Australia dilatih untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, malah jika kita membuat kesalahan pemandu lain boleh melaporkan kita kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa pula bertindak cekap dan pantas malah mengenakan kadar denda yang tinggi, tanpa tolak ansur dalam isu keselamatan jalan raya.

Jika di Malaysia pemandu yang melanggar peraturan jalan raya boleh mendapatkan diskaun sekiranya membayar saman secepat mungkin, namun istilah diskaun tidak wujud di Australia.

Mereka turut mengamalkan sistem mata demerit yang menyebabkan lesen pemandu digantung tanpa tolak ansur jika mata terkumpul mencapai jumlah tertentu.

Barangkali ini adalah faktor utama mengapa pemandu Australia sangat berdisplin menepati had laju meskipun bilangan kenderaan di jalan raya mereka tidaklah sebanyak di Malaysia.

HIKMAH AES

Sistem kamera AES yang mula digunakan di Malaysia diharap dapat menggalakkan pemanduan berhemah, sekaligus mengurangkan kadar kemalangan.

Malaysia juga diharap dapat segera mencontohi kualiti sistem pengangkutan awam negara maju.

Dr. Mariya turut berkongsi dengan penulis bahawa penduduk Australia dan negara maju lain lebih banyak bergantung kepada sistem pengangkutan awam termasuk bas dan tren. Rangkaian pengangkutan awam yang sistematik itu meliputi setiap cerok kawasan termasuk pendalaman itu.

Bagi penulis, sudah tentu ini membolehkan penduduk merancang perjalanan dan mengurangkan pembakaran bahan api dan menyumbang kepada alam semula jadi yang lebih bersih dan sihat.

​​​​​​Suasana jalan raya di Australia yang lebih selesa membuatkan ibu kepada dua anak lelaki itu berasa gerun untuk memandu di Malaysia ketika musim perayaan.

Mariya berkata pemandu Malaysia seakan menggila dan membuat peraturan trafik sendiri apabila perlu mengharungi kesesakan serta setiap kali musim perayaan.

“Ini termasuk memandu laju, suka potong barisan, tidak memberi isyarat ketika memotong atau masuk simpang,” keluhnya kepada penulis.

Bagi penulis ini bukan perkara baru. Mengekori terlalu rapat, ‘pancung’ kenderaan lain di lampu isyarat, ‘makan jalan’ lorong bertentangan dan menyalahgunakan lorong kecemasan pula adalah antara tabiat buruk sesetengah pemandu di negara kita.

Tabiat buruk yang boleh mengakibatkan kemalangan ini pastinya akan terus menjadi isu seandainya tidak ada peningkatan usaha untuk mendidik mereka supaya lebih berhemah dan bertimbang rasa di jalan raya.

(Nota: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis) – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya

Sekianlah artikel Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awas Pemandu Menggila Ketika Cuti Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/awas-pemandu-menggila-ketika-cuti-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :