Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?

Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?
link : Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?

Baca juga


Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?

Lincah dan aktif, itulah gambaran yang cukup sesuai buat pelakon bertubuh kecil ini. Ayda Jebat punyai auranya tersendiri mampu membuatkan ramai jatuh cinta terhadapnya.

Tidak mahu lepaskan peluang untuk berkongsi cerita pengalaman rayanya.

Gadis yang sering menggunakan hashtag #saiatakkuad dan #muahciked hanya mampu ketawa terlebih dahulu sebelum memulakan cerita.

“Dahulu semasa zaman kanak-kanak, saya ni jenis pemalu orangnya. Jadi untuk beraya dan mengumpul duit raya dari orang itu memang agak segan sikitlah.
“Lagi pula, dalam semua adik beradik saya yang paling dewasa jadi sayalah yang paling kurang dapat duit raya, ” katanya pada Kakigosip

Lumrah seorang kakak bila beraya, pasti dia akan disuruh untuk menjaga adik-adiknya terutamanya dalam bab menjaga duit.

“Pernah sekali tu, adik saya meminta saya untuk menyimpan duit raya miliknya. Dia tidak tahu, saya telah ‘menyimpan’ beberapa ratus duit miliknya dan akhirnya, lesap!”ceritanya pada Kakigosip sambil ketawa besar.

Dalam pada itu, Ayda juga ada mengatakan yang dia juga punyai pengalaman pahit sewaktu musim perayaan.

Ayda bersama adiknya Fina yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia ini pernah terbabas ketika menunggang motosikal di kampung.

“Pada ketika itu, kami pulang ke kampung di Melaka. Seperti biasa kalau berada di kampung memang kami teruja untuk menunggang motosikal milik bapa saudara. Suatu hari, adik saya Fina memberitahu bahawa dia tahu menunggang motosikal. Kami kemudiannya bersama-sama menaiki motor tersebut dan akhirnya terbabas.

“Rupa-rupanya dia langsung tidak tahu menunggang motor, tetapi mengambil kunci motor tersebut secara senyap-senyap,” cerita Ayda.

Walaupun tiada sebarang kecederaan serius berlaku, tetapi adiknya mengalami kesan lecur di bahagian kaki kerana terkena ekzos panas.

Katanya sambil ketawa, itu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan selepas itu dia dan adiknya dimarahi oleh keluarga dan serik untuk mengulanginya lagi.

The post Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya? appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya?

Sekianlah artikel Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayda Jebat Terbabas Motosikal Di Hari Raya? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ayda-jebat-terbabas-motosikal-di-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :