Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !

Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !
link : Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !

Baca juga


Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !


KUALA LUMPUR: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dicipta dan diluluskan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengekang dan menimbulkan perasaan takut dalam kalangan mahasiswa.

Ekoran itu, Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi pengajian tinggi di negara ini gagal menghasilkan mahasiswa yang berketerampilan.

“Maknanya universiti seperti (sudah) jadi macam satu kilang atau reban ayam yang tak (mengalakkan) berfikir.

“Mengapa kita tidak membenarkan, memeriahkan masyarakat (untuk berbeza pandangan). Ia akan menimbulkan idea-idea yang segar daripada perbezaan itu. Ini yang saya fikir kita perlu perjuangkan,” katanya dalam wawancara Helo Roket baru-baru ini.

Mengikut perangkaan kerajaan, lebih kurang satu perempat daripada graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini gagal mencari pekerjaan.

Manakala bagi mereka yang berkerja pula, 45 peratus meneri gaji bukan RM1,500 atau kurang.

Justeru, Dr Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, undang-undang seperti AUKU tidak diperlukan dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia.

“AUKU itu sendiri wujud pada tahun 1971 sedangkan kita merdeka pada tahun 1957 maknanya undang-undang ini dibuat selepas merdeka apabila kerajaan menyedari bahawa mahasiswa menjadi suatu ancaman kepada mereka (kerajaan) dan juga kepada tenaga akademik.

“Dan ini saya fikir perkara yang tidak harus berlaku dalam negara yang membangun,” katanya.

Malah, katanya lagi, universiti telah menyimpang jauh daripada konsep asalnya iaitu mengembangkan ilmu dan menjunjung tinggi kebijaksanaan.

“Ini yang saya fikir menyedihkan dan tragis, kita membelanjakan berbilion-bilion wang rakyat untuk menubuhkan universiti (tetapi) sudahnya kita berhadapan dengan profesor yang dipersoal kredibiliti mereka.

“Malah, berhadapan dengan generasi mahasiswa yang kononnya tidak ada kualiti, payah cari kerja dan sebagainya,” ujarnya.  #sumber


Demikianlah Artikel Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' !

Sekianlah artikel Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aziz Bari: AUKU Jadikan Universiti Seperti 'Kilang Dan Reban Ayam' ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aziz-bari-auku-jadikan-universiti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :