link : Aziz DAP Biadap, Tidak Hormat Allahyarham Tok Nan
Aziz DAP Biadap, Tidak Hormat Allahyarham Tok Nan
Tindakan Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa memperlekehkan nama Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dilihat sebagai cubaan DAP untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap isu bekas ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan sebagai wakil rakyat, kata Exco Pemuda PBB Negeri Abdul Ghani Sulhi.
Memetik laporan Utusan Borneo, Ghani berkata sikap Aziz seolah-olah tidak mengenang jasa yang Allahyarham yang banyak berjasa kepada Sarawak.
“Janganlah semata-mata hendak mempertahan dan mengalih perhatian terhadap kesalahan bekas ADUN Pujut itu, kamu sanggup mengaibkan nama Allahyarham,” katanya.
Walaubagaimanapun, Aziz menafikan beliau memperlekehkan Allahyarham sebaliknya kurang bersetuju dengan cadangan beberapa pemimpin-pemimpin BN menamakan tempat-tempat penting atas nama Allahyarham bagi mengenang jasa beliau.
Ghani menambah, beberapa pemimpin Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menggesa Aziz untuk menghormati jasa Tok Nan dan seelok-eloknya menjaga tingkah laku sepanjang Ramadan.
“Budaya kita sentiasa mengajar kita untuk menghormati orang lain, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri dan negara kita,”
“Sempena Ramadan ini janganlah kita bersikap kurang ajar, biadap dan menunjukkan sikap kurang bijak dan marilah kita bersama-sama berbuat baik,” ujar Ghani - Sarawakiana.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Aziz DAP Biadap, Tidak Hormat Allahyarham Tok Nan
Sekianlah artikel Aziz DAP Biadap, Tidak Hormat Allahyarham Tok Nan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aziz DAP Biadap, Tidak Hormat Allahyarham Tok Nan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/aziz-dap-biadap-tidak-hormat.html