Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau

Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau
link : Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau

Baca juga


Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau

HANOI – Wilayah di bahagian utara Vietnam dilanda musim panas melampau buat pertama kali pada 2017 dengan suhu mencecah sehingga 40 darjah celsius, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pakar ramalan cuaca di Pusat Meteorologi-hidro berkata, cuaca panas melampau berlaku pada Rabu di utara dan wilayah tengah bermula dari Thanh Hoa hingga ke Phu Yen dengan catatan suhu tertinggi antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Bandar Hanoi juga mengalami cuaca panas dengan suhu 35 hingga 36 darjah manakala di wilayah utara-barat mencatatkan suhu 36 darjah.

Pada Khamis cuaca panas diramalkan meningkat di beberapa kawasan hingga mencecah lebih 40 darjah.

Suhu panas melampau diramal berlaku sehingga 5 Jun disebabkan pengaruh tekanan udara rendah di bahagian barat.

Dalam tempoh dua hari lepas, cuaca panas melanda kawasan tanah rendah di barat serta keseluruhan kawasan utara di sebelah petang dengan suhu 34 hingga 35 darjah.

Sementara itu, beberapa kawasan seperti Muong La di wilayah pergunungan utara Son La, suhu dilaporkan mencecah lebih 36 darjah celsius.

Doktor juga mengingatkan orang ramai cuaca panas melampau boleh mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak dan warga emas manakala mereka yang melakukan pekerjaan di kawasan terbuka dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bersesuaian.

Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak sentiasa berada di dalam rumah elakkan mandi laut bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau

Sekianlah artikel Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahagian Utara Vietnam Dilanda Musim Panas Melampau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bahagian-utara-vietnam-dilanda-musim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :