link : Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk
Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk
PELAKON Nora Danish yang maklum mengenai hal baju rayanya heboh diperkatakan netizen menyifatkan perkara itu tidak menjadi kudis buatnya memandangkan dia sudah lali menjadi bahan kritikan orang di luar sana.
BACA: Baju Raya Nora Danish Disamakan Macam Alas Meja!
Nora turut ‘memuji’ kreativiti sesetengah netizen yang mengatakan bajunya seperti alas meja.
“Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif.
“Kain tu tak seksi pun, lagi pula kain renda itu tebal dan tidak jarang. Malah kain dalam (lining) pun sampai paras lutut.
“Lain kalau saya bertudung dan dipadankan dengan kain itu, sesuailah kalau tular. Saya anggap mereka tak ada kerja,” kata aktres berusia 35 tahun itu memetik Harian Metro.
Baju raya Nora berona putih menjadi kecaman netizen selepas mereka mengatakan ia kelihatan sedikit seksi dan agak tidak sopan untuk dipakai sempena meraikan kedatangan Syawal.
Nora yang menyambut Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur bergaya sedondon dengan suaminya, Nedim Nazri dan anaknya, Putra Rayqal Ramli, 8. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk
Anda sekarang membaca artikel Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/baju-macam-alas-meja-nora-dah-lali-kena.html