Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?

Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?
link : Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?

Baca juga


Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?

SEPANJANG Ramadan ini ramai artis yang tidak melepaskan peluang untuk menjual baju raya jenama mereka sendiri.

Pelbagai rekaan baju menarik mengikut cita rasa setiap selebriti yang menjadi rebutan peminat-peminat mereka.

Namun, ada juga yang menjadi duta untuk jenama-jenama terkenal dalam melariskan produk masing-masing.

Ayuh kita tinjau antara koleksi pakaian raya artis yang mendapat sambutan.

1. Creation by Siti Nurhaliza

Koleksi baju raya Datuk Siti Nurhaliza iaitu Creation Anugerah Aidilfitri 2017 ini sememangnya menjadi pilihan kerana rekaanya yang menarik dan warna-warna lembut sesuai dengan trend semasa.
Koleksi menampilkan sebanyak 40 rekaan dari The Nostalgia Series dan 15 rekaan The Premium Series. Ia juga dijual dengan harga bermula RM189 sehingga RM300.

Bagi peminat-peminat penyanyi Jaga Dia Untukku ini pastinya sudah mendapatkan sepasang untuk Hari Raya Aidilfiti tidak lama lagi.

2. Owl By Nora Danish

Sebanyak 21 koleksi baju raya Owl by Nora Danish yang menarik dan mendapat perhatian remaja yang sukakan gaya terkini.

Koleksi Aidilfitri 2017 ini bukan sahaja menampakkan sentuhan mewah, malah menyerlahkan gaya kewanitaan.

Nora turut menjalani penggambaran baju-baju tersebut di Amerika Syarikat.
Siapa yang masih tercari-cari lagu baju raya, mungkin boleh dapatkan koleksi Owl By Nora Danish sebelum kehabisan.

Harga baju raya tersebut sekitar RM209 sehingga ke RM329.

3. Rozita Che Wan & Aaishah Dhia Rana (Minaz)

Selebriti terkenal Rozita Che Wan antara yang ditunggu-tunggu setiap kali raya kerana pastinya aktres ini tampil dengan koleksi anggun dan memukau.

Tahun ini, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta ini bergandingan dengan anaknya Aaishah Dhia Rana menjadi wajah utama jenama tempatan Minaz Luxe Raya Edition 2017.

Sebanyak 20 koleksi termasuk helaian sedondon ibu dan anak menjadi pilihan pelanggan jenama itu.
Harga baju-baju jenama ini sekitar RM199 sehingga RM329.

4. Fattah Amin X Elrah Exclusive

Buat masa ini bagilah apa sahaja produk, pasti laris jika melibatkan nama pelakon popular Fattah Amin.

Hari Raya Aidilfiti tahun ini, Fattah bekerjasama dengan jenama tempatan Fattah Amin X Elrah Exclusive tampil dengan koleksi baju Melayu, jubah dan kurta.

Sebanyak 27 warna setiap pakaian boleh didapati dibutik jenama pakaian itu.

Tentu ramai jejaka diluar sana yang ingin tampil seperti Fattah Amin pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

5. Baju Raya Mak Cun

Tidak mahu melepaskan peluang, pengarah dan pelakon drama Erma Fatima turut mengeluarkan baju raya jenama drama popularnya Mak Cun.

Sebanyak sembilan koleksi baju raya kurung dan kebaya, manakala dua baju Melayu Mak Cun yang dijual secara online di laman jual beli CJ Wow Shop.

Baju-baju berkonsepkan tradisional ini dijual dengan harga sekitar RM150 sehingga RM300.

The post Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda? appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda?

Sekianlah artikel Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baju Raya Artis Mana Pilihan Anda? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/baju-raya-artis-mana-pilihan-anda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :