link : Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak
Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak
Bapa mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, Zulkarnain Idrus dilihat tenang ketika menguruskan jenazah anaknya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
Menurutnya, dia pasrah akan pemergiannya anak sulungnya itu.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
“Perasaan saya ketika ini sedih dengan pemergiannya. Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat perkara kejadian yang menimpa anak saya,” katanya ringkas kepada pemberita, di sini, hari ini.
Mengulas tentang peribadi anaknya, Zulkarnain, 53, berkata, dia (Zulfarhan) seorang yang pendiam.
“Saya tidak lihat dia mempunyai masalah dengan kami sekeluarga dan saudara-saudara,” katanya.
Sementara itu, ibu saudara mangsa yang ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden yang menimpa anak saudaranya itu memerima berita tersebut melalui WhatsApp keluarganya.
“Memang itu sangat mengejutkan sebab kita bayangkan institusi itu selamat dan tidak sepatutnya berlaku di situ.
“Sepanjang saya kenal arwah (Zulfarhan), dia sangat baik. Perkara yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia lingkungan 20 dan 21 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa malam, semalam.
Jenazah allahyarham Zulfarhan Osman akan disembahyangkan di Masjid Kampung Kampung Kurnia, Johor Bharu, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Teh.
The post Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak
Anda sekarang membaca artikel Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bapa-zulfarhan-tenang-urus-jenazah-anak.html