Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih

Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih
link : Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih

Baca juga


Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih

Tidak sangka bau busuk yang di hidu oleh penghuni di sebuah flat di sini merungkai penemuan mayat sepasang kekasih yang di percayai membunuh diri.

Tidak sangka bau busuk yang di hidu oleh penghuni di sebuah flat di sini merungkai penemuan mayat sepasang kekasih yang di percayai membunuh diri.

Misteri bau busuk daripada sebuah rumah di Blok B, Flat Bayu Mutiara di sini terungkai apabila polis menemui mayat pasangan kekasih didalam bilik rumah berkenaan petang semalam.

Mayat lelaki berusia 47 tahun dan kekasihnya berusia 35 tahun itu ditemui sudah hampir mereput dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada tempoh 48 jam.

Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan tinggal bersama sejak lima tahun lalu di rumah berkenaan dan mereka dikatakan dalam perancangan untuk berkahwin tidak lama lagi.

Menurut seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, kali terakhir dia melihat pasangan berkenaan pada Rabu lalu dan selepas itu dia tidak lagi melihat mereka keluar atau masuk ke rumah berkenaan.

“Mereka tidak terlalu bercampur dengan penduduk di sini dan tidak juga mendatangkan masalah kepada jiran-jiran lain.

“Sejak beberapa hari lalu bau busuk mula terhidu daripada rumah mereka dan kami yang curiga dengan bau berkenaan bertindak melaporkan kepada pengurusan flat sebelum salah seorang penduduk melaporkan kepada polis,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis yang menerima laporan daripada orang awam mengenai misteri bau busuk itu kira-kira jam 3.50 petang segera ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dibuat menemui kedua-dua mayat berkenaan dalam keadaan terbaring dan polis mengesyaki pasangan terbabit bertindak bunuh diri bersama.

“Ahli keluarga kedua-dua pasangan mengetahui hubungan percintaan mereka dan telah dimaklumkan mengenai hasrat untuk berkahwin namun tidak menyangka mereka akan bertindak demikian.

“Setakat ini kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan kita akan membuat siasatan lanjut mengenai punca mereka mereka berbuat demikian berpandukan sekeping nota yang ditinggalkan,” katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih

Sekianlah artikel Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bau Busuk Merungkai Penemuan Mayat Sepasang Kekasih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bau-busuk-merungkai-penemuan-mayat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :