link : Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai
Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip berkata bayi perempuan itu ditemukan oleh seorang Inspektor Kesihatan kira-kira pukul 8 pagi di hadapan bangunan kedai tersebut yang juga berhampiran Klinik Kesihatan 1Malaysia Pasir Pekan.
"Ketika ditemukan bayi perempuan itu menangis dan didengari lelaki berusia 25 tahun yang tinggal berdekatan bangunan kedai tersebut. Ketika itu lelaki berkenaan sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya," katanya ketika dihubungi, di sini.
Zaharudin berkata lelaki tersebut memaklumkan penemuan bayi itu kepada kakaknya sebelum laporan polis dibuat.Beliau berkata, bayi terbabit kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan 1Malaysia sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Katanya bayi perempuan itu kini dilaporkan dalam keadaan sihat dan ditempatkan di hospital terbabit untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Sementara itu, Faizan Rohban, 25, yang menemui bayi terbabit berasa terkejut kerana pertama kali berdepan situasi sedemikian.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai
Anda sekarang membaca artikel Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bayi-bertali-pusat-ditinggalkan-dalam.html