BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
Allahyarham yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat jangkitan kuman dan paru-paru.
Raja Ahmad Zainuddin juga bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak yang banyak menyumbang bakti kepada pembangunan sukan bola sepak negeri sehingga digelar pengurus skuad ‘The Boss Gaurus’ paling berjaya.
Menerusi laman Facebook Perak TBG, Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman beliau di Ampang, Ipoh.
“Seluruh warga kerja Pafa, pemain dan penyokong pasukan Perak The Bos Gaurus mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Presiden Pafa dan bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.35 pagi ini di KPJ Ipoh,” tulis Perak TBG dalam kenyataan di laman Facebook.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh selepas solat Jumaat.
Selain khidmat bakti dalam sukan bola sepak, Allahyarham turut berkecimpung aktif dalam dunia politik dengan menjadi Ahli Parlimen Larut pada 1999 hingga 2008 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Bekas Naib Presiden FAM Meninggal Dunia
Sekianlah artikel Bekas Naib Presiden FAM Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Naib Presiden FAM Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bekas-naib-presiden-fam-meninggal-dunia.html