Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam
link : Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Baca juga


Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Kristiane Backer menikmati zaman kemuncak ketika meniti usia 20-an. Beliau mengecapi impian sebagai penyampai MTV Europe, berlaga bahu dengan bintang terkemuka seperti Mick Jagger dan Bono dan mendapat bayaran untuk melakukan pekerjaan itu.

Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Secara luarannya, kehidupan tersebut merupakan kehidupan idamannya, namun Kristiane turut mengalami kemurungan yang tidak mampu ditanggung olehnya.

Kemudian, beliau bertemu dengan Imran Khan yang juga seorang pemain kriket terkenal dari Pakistan yang memimpinnya ke arah Islam dan memberikan ketenangan kepadanya.

“Imran menjadi pengenalan saya kepada Islam. Saya lebih suka sifatkan bahawa saya tidak mencari (agama), tapi saya telah dijumpai,” katanya.

Sebagai warganegara Jerman yang dibesarkan di Hamburg, Kristiane sentiasa teruja dengan hal berkaitan kesenian. Jadi, apabila dia mendengar qawwali ketika dalam perjalanan ke Pakistan untuk melawat Imran, beliau terkesima dengan keindahannya.

Qawwali adalah sejenis muzik yang berkait dengan Sufi Islam.

Imej terkini Kristiane. – Sugar Street Review

Selain itu, Kristiane berkata bahawa beliau amat tersentuh dengan nilai kemanusiaan orang Pakistan, layanan dan kemesraan mereka.

Semua orang yang ditemukan Kristiane tanpa mengira situasi kewangan mereka, menghulurkan derma secara sukarela untuk projek amal Imran berkaitan hospital kanser di Lahore.

Kristiane akhirnya memeluk Islam tiga tahun kemudian dan membuat penyelidikan mengenai agama suci itu.

“Saya baca banyak buku dan apa yang saya temukan amat menakjubkan.

“Ia seperti alam yang baru. Saya rasa tertarik selepas membaca buku pertama dan saya mahu tahu lebih banyak.

“Saya sedar hanya ada satu Tuhan dan kita semua bertanggungjawab ke atas semua perbuatan sendiri, bayi dilahirkan suci dan bukannya sebagai pendosa.

“Saya juga belajar bagaimana ayat dari al-Quran boleh membantu kehidupan harian saya,” jelasnya yang kini sudah berusia 51 tahun. – Huffington Post

Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam

Sekianlah artikel Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas pengacara MTV tenang lepas peluk Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bekas-pengacara-mtv-tenang-lepas-peluk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :