link : Belayar solo keliling dunia
Belayar solo keliling dunia
Kota Kinabalu: Meskipun usia lebih separuh abad, ia bukan penghalang buat Jonathan Selby, 70, untuk mencapai impian mengelilingi dunia secara solo.
Selby dari Pennsylvania, Amerika Syarikat memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya belayar menggunakan bot rekaannya sendiri hasil daripada pelbagai bahan yang ditemuinya di Filipina, sejak empat tahun lalu.
Dengan berbekalkan ilmu sebagai jurutera mekanikal selama 15 tahun di sebuah syarikat di Amerika Syarikat, warga emas itu memilih sebuah bot sebagai rumah terbarunya yang berukuran hanya tiga meter panjang.
Nampak pelik, tetapi itulah yang menjadi kelebihan warga emas itu apabila bot itu berjaya merentasi lautan di selatan Filipina sejak beberapa minggu lalu, sebelum tiba di perairan Kudat dan seterusnya di Kota Kinabalu pada Khamis lalu.
“Jika ditanya apa kepuasan saya dapat dengan belayar seperti ini... jawapan saya adalah dapat menimba pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang tunai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Belayar solo keliling dunia
Anda sekarang membaca artikel Belayar solo keliling dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/belayar-solo-keliling-dunia.html