link : Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol
Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol
KOTA BHARU, KELANTAN - Berang cinta ditolak, seorang lelaki tergamak merempuh motosikal gadis idamannya, mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa di dalam kereta.
Lapor Kosmo!, suspek berusia 23 tahun itu memandu Proton Wira telah melanggar motosikal mangsa, 21 tahun dari belakang pada jam 7 petang, Khamis lalu.
Suspek kemudian memberhentikan keretanya lalu mengacu pisau ke leher mangsa yang diheret ke dalam kereta dan dibawa menuju ke kawasan semak di Bachok.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata, mangsa kemudian dirogol oleh suspek di dalam kereta di kawasan semak.
"Gadis itu kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas di sini. Namun mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan dari orang awam.
"Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya," katanya.
Suspek telah ditahan dan direman selama lima hari juga didapati positif dadah jenis amphetamine.
Sementara itu mangsa menerima tujuh jahitan di betis akibat terluka ketika bergelut dengan suspek di dalam kereta. - The Reporter
Demikianlah Artikel Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol
Sekianlah artikel Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/berang-cinta-ditolak-lelaki-rempuh.html