link : Berasa Kagum Dengan Pekerjanya, CEO Hyundai Turut Berpuasa di Bulan Ramadan
Berasa Kagum Dengan Pekerjanya, CEO Hyundai Turut Berpuasa di Bulan Ramadan
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan mengikut kalender Islam. Mereka akan mula berpuasa daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari mula terbit matahari sehingga terbenam matahari.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Hyundai Assan Turkey, Yoon Mong Hyun, mendedahkan dalam sepucuk surat syarikat yang menyatakan dia turut berpuasa bersama-sama dengan para pekerja Muslim tahun ini.
Tetapi, ini bukanlah pertama kali buat Yoon. Dia juga pernah berpuasa pada tahun sebelumnya apabila mula bekerja di Turki sejak tahun lalu. Untuk menjadi sebagai salah seorang dalam keluarga HAOS dan memahami para pekerja yang sedang berpuasa, dia membuat keputusan untuk turut berpuasa.
Melihat kesukaran berpuasa tanpa makan dan minum membuatkan dirinya berasa kagum. Malah, apa yang lebih mengejutkan Yoon apabila para pekerjanya tidak melihat puasa itu sebagai satu kerja ataupun beban dan mereka menunjukkan kerelaan untuk menunaikannya sebagai satu tanggungjawab.
Dia menceritakan perasaannya dalam surat tersebut dan berkongsi pengalamannya yang istimewa.
"Dengan melihat rakan sekerja berpuasa, saya mula memahami perkara dalam al-Quran tentang orang yang memerlukan, terutama dengan pengalaman sendiri ketika berpuasa. Ramai orang di sekeliling kita yang bekerja dengan gaji yang rendah. Mereka melakukan apa yang sedang mereka lakukan sekarang kerana kita, mereka melakukan kerja yang kita tidak ingin lakukan. Dengan keistimewaan Ramadan, saya berharap kita kenali mereka dan berterima kasih kepada mereka dan saya berharap, dalam Ramadan ini di mana kita belajar untuk berkongsi dengan mereka."
Yoon turut memaklumkan bahawa pihak syarikat akan memberikan cek istimewa untuk barangan runcit dalam memastikan pihak syarikat dapat membantu dalam pembelian barangan dapur untuk iftar. Para pekerja turut diberikan ruang rehat dan menu istimewa untuk Ramadan.
Dear HAOS Family:
We have started one of Islam’s 5 pillars, fasting in the month of Ramadhan. In the hijri calendar, Ramadhan is the 9th month. I know it as the month Gabriel aleyhi salaam (upon him be peace) started bringing the verses of the Quran to the Prophet Muhammad sallahu aleyhi wasalaam (peace and blessings of Allah be upon him).
I heard in this month from sunrise to sunset, food and water including even cigarettes is forbidden. As of last year, to be one with the HAOS family in their thoughts and understand them, I decided to take fasting as a habit.
Although I didn’t feel much in the first few days, as days went by I started really looking forward to the time of the opening of the fasting.
Whilst I was in the office and seeing the difficulty of the fast (among staff), our assembly line was fasting without any water and as a foreigner this left me in awe. I wanted to express my joy and I’m proud of you. The thing that has shocked me the most is that you fast without seeing fasting as a chore and you show the willingness to fulfil it as an obligation.
From seeing my fasting colleagues I understood the Quranic subjects of the poor and the needy, especially with the experience of my own fasts. There are a lot of people around us who work on low incomes. These people do what they do because of us, they do the work we do not want to. With the blessings of Ramadhan I hope we recognize these people and thank them and I hope it is a Ramadhan where we learn to share with them.
I am happy to announce that to make your work easier in this month of Ramadhan we are taking certain steps. One of these steps is the cheques being distributed to ensure we can aid you in your household shopping for iftar.
Another step is distribution of selective cheques. On the assembly line to ensure the safety of the workers and their ease.
Special developments are taking place such as designated extra break areas and menus for fasting food.
I request you abide by the safety measures and the advice for those partaking in Ramadhan.
I hope at the end of this holy month it is a festival in which all the family of HAOS celebrates with smiles.
May Ramadhan bring blessings to your houses and goodness to your families.
Mong Hyun Yoon
Demikianlah Artikel Berasa Kagum Dengan Pekerjanya, CEO Hyundai Turut Berpuasa di Bulan Ramadan
Anda sekarang membaca artikel Berasa Kagum Dengan Pekerjanya, CEO Hyundai Turut Berpuasa di Bulan Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/berasa-kagum-dengan-pekerjanya-ceo.html