link : Bersangka Baik Pada Allah
Bersangka Baik Pada Allah
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri
Semoga post saya ini diapprovekan oleh pihak admin IIUMC. Terima kasih.
Saya terpanggil untuk menulis kisah saya ini selepas membaca post dari Saudari Hannah berkenaan kisah crush and confessnya. Secara kebetulan, kami berkongsi nama yang hampir sama dan status yang sama.
Saya juga merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak dan sudah 5 tahun saya memegang status ini. Saya bercerai ketika berusia 24 tahun. Pengalaman buruk yang saya lalui tu membuatkan saya takut untuk membabitkan diri dengan mana-mana lelaki hinggakan saya ingat saya dah tak ada perasaan terhadap golongan Adam (bukan bermakna saya minat golongan sejenis ya). Dah beberapa kali orang cuba kenalkan, tapi for some reasons saya takut dan tak minat.
Hingga lah satu hari, sekitar beberapa bulan yang lalu. Entah macam mana, hati saya tiba-tiba terbuka untuk rapat dengan seseorang yang saya kenal sejak sekolah lagi. Saya sendiri tak sangka yang saya boleh jatuh hati pada si dia, sedangkan dah berbelas tahun saya mengenalinya. Dia yang approach saya dan dia masih bujang. Nak dijadikan cerita, suddenly I got so excited and somehow I felt refreshed! I gained back my confidence that I lost years ago. Hati berbunga-bunga, wajah berseri-seri hinggakan orang sekeliling pun sedar. Dia memang sukakan saya, tapi somehow ada benda yang missing. So, I put a lot of effort to win his heart. Saya belajar masak benda dia suka, saya cuba untuk adaptkan diri saya dengan cara dia despite of our differences, dan macam-macam lagi saya usahakan semata-mata untuk dia. Ya, mungkin kedengaran macam hadap sangat. Sebenarnya, bukanlah saya hadap, cuma saya berusaha. Saya pernah dengar ceramah dari seorang ustaz yang menyatakan kita sebagai manusia boleh usaha untuk mencari jodoh. Jadi, memandangkan tiba-tiba perasaan tu datang, maka saya pun berusahalah yang terbaik.
Tapi, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sampai masa, dia memberitahu saya yang dia tak bersedia untuk commit dengan saya atas alasan-alasan yang saya rasakan tak cukup kukuh. Well, maybe he is just not into me. Wallahualam. Kadang-kadang, saya terfikir mungkinkah kerana status saya sebagai ibu tunggal yang membuatkan dia teragak-agak untuk lebih serius? Entahlah To be honest, saya sendiri tak menyangka di usia muda saya akan menjadi seorang ibu tunggal. Memang besar dugaan yang saya perlu tanggung tapi saya tahu Allah uji saya sebab saya mampu untuk tanggung ujian ni dan Allah memang sayangkan saya.
Dan bila difikir-fikirkan lagi, mungkin ini juga adalah ujian bagi saya. Sesekali, saya terasa rejected dan frustrated sebab harapan menggunung tiba-tiba terpaksa dikuburkan. Bila hati saya dah terbuka, orang pula tak sudi. Tapi, saya sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah. Saya yakin yang setiap perkara yang berlaku tu, ada hikmahnya. Dan saya juga yakin yang Allah sebenarnya nak saya lebih rapat dengan-Nya. Dia mahu saya meminta dan berdoa kepada-Nya.
Kepada kaum wanita di luar sana yang masih single, tak kiralah anda anak dara atau ibu tunggal sekali pun, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan sekiranya anda rasa frustrated sebab tak senasib baik kawan-kawan atau saudara kita yang hidup bahagia di samping suami dan anak-anak, jauhkan fikiran negatif sedemikian. Allah takkan uji hamba-Nya kalau kita tak mampu nak tanggung. Sentiasalah berdoa pada-Nya minta yang terbaik dunia akhirat. Mungkin rezeki kita bukan dari segi jodoh, tapi dari segi dapat berbakti pada ibu bapa, dapat membantu saudara-mara dan golongan yang susah dan macam-macam bentuk lagi.
Alhamdulillah, today I am stronger and wiser. Perlahan-lahan, saya cuba merapatkan lagi diri dengan Allah. Saya selalu fikir yang dunia ini hanyalah sementara. Sampai masa, kita semua akan pergi jua menghadapiNya. Kepada si dia, semoga awak berjumpa dengan bidadari syurga awak dan terima kasih kerana muncul dan berjaya membuka hati saya sekali lagi walaupun awak bukan untuk saya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Hanna
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bersangka Baik Pada Allah
Anda sekarang membaca artikel Bersangka Baik Pada Allah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bersangka-baik-pada-allah.html