link : Bestnya Baca Al Quran
Bestnya Baca Al Quran
Salam semua.. Selamat berpuasa.. Sedikit ringkasan pasal diri ini.. Aku dah berkahwin, bekerja dan sedang mengandung anak sulung.
Aku bukan nya baik sangat, biasa lah sebelum kawen, solat pun celup2, baca Al-Quran jauh sekali.. Kadang2 je.. Masa zaman belajar mmg jarang sangat baca Al-Quran, yg ada cuma buku surah yasin je.. Teruknya aku.
Ditakdirkan, rezeki, aku menjadi tetamu Allah, dapat mengerjakan umrah dgn kedua ibu bapa aku.. Kat sana, kalau kat dalam masjid Madinah, Al-Quran nya semua sama. Aku beli 2 Al-Quran kat kedai berdekatan. 1 untuk dia letakkan kat masjid, 1 lagi untuk aku bawak balik Malaysia.
Sejak tu, aku jadi rajin membaca Al-Quran.. Walaupun masih celup2. Masa kerja kat tempat lama, aku selalu stress. Nak kurangkan stress, tiap pagi lepas subuh mesti aku baca Al-Quran 2 m/surat. Syukur. Pagi pergi kerja, rasa tenang je..
Tapi lepas tu, aku masih celup2 baca lagi.. Sebab dah lama sgt xamalkan, bacaan aku pun tersangkut2.. Sampai lah dah berkawen, dan dapat berita gembira aku pregnant.. Pesanan ibu & makcik suruh katam kan Al-Quran sebelum bersalin.
Sejak tu, mula2 aku baca 2 atau 4 m/surat je.. Lama2, jadi tbiasa.. Kalau xbaca, rasa rindu sgt nak baca Al-Quran. Syukur, aku dapat habiskan 1 surah tiap kali lepas solat ataupun sebelum tido. Disebabkan aku kerja, aku cuma ada masa untuk baca lepas subuh atau lepas mgrb/isyak atau sebelum tido.
Semoga aku istiqamah utk terus membaca Al-Quran.. Buat kawan2 di luar sana, yg jarang baca Al-Quran.. Cuba la baca 1 atau 2 m/surat dulu.. Lama2 mesti terbiasa.. Kalau xbaca, mesti rasa rindu..
Sedikit terkilan kat diri sendri, kenapa lah dari dulu xamalkan baca Al-Quran setiap hari. Pape pun, belum terlambat untuk kite berubah.. Aku pun masih belajar.. Alhamdulillah, dikurniakan suami yg boleh membaca Al-Quran, boleh lah dia betulkan mana2 bacaan aku yg salah..
Itu sahaja perkongsian aku kali ni.. Doakan aku terus istiqamah membaca Al-Quran & terjemahannya
Cik Sha
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bestnya Baca Al Quran
Anda sekarang membaca artikel Bestnya Baca Al Quran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bestnya-baca-al-quran.html