link : Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak
Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak
Nur Syahindah Mohd Kamal berkata tidak ada apa yang saya inginkan kecuali dapat menjadi seorang pemain bola sepak wanita bertaraf profesional.
Walaupun ada yang memperlekehkan dan pandang serong oleh sesetengah pihak, itu tidak melemahkan semangat gadis manis yang berusia 20 tahun itu.
Sebaliknya pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan itu, yang pernah menjadi sensasi di internet, melihat cemuhan yang dilemparkan dengan positif.
“Saya jadikan itu sebagai satu semangat untuk saya tunjuk yang kita wanita juga boleh bermain bola sepak,” katanya kepada ProjekMMO minggu lalu ketika bermain di sini.
“Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya; ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur. Sebab itu saya jadikannya pembakar semangat.”
Gadis kacukan Cina Thailand itu mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam misi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).
Liga ini pertandingan pertama disertai Nur Syahindah, yang diletakkan dalam posisi pertahanan kiri, setelah dipilih menyertai pasukan bertudung ini hujung tahun lalu.
“Harapan saya supaya pasukan saya boleh pergi jauh dan saya berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia,” katanya yang masih menuntut di Kolej Poly Tech Mara Kota Baru.
Nur Syahindah bermain bola sepak, bermula dengan futsal, secara aktif selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2014.
“Saya memang aktif dalam sukan, larian, bola jaring, bola tampar; semua saya pernah cuba tetapi tidak pernah lagi bola sepak.
“Sebab di Malaysia, macam jarang sikit [kegiatan] bola sepak wanita sebab sesetengah orang tidak menggalakkan suka begini,” kata anak bongsu kembar ini, daripada empat beradik.
Nur Syahindah meminati Barcelona dan pemainnya Ivan Rakitic, yang juga pemain Croatia. Selain itu, beliau suka permainan Nor Farhan Muhammad, penyerang bola sepak Kelantan.
“Saya selalu tengok bagaimana Barcelona bermain, minat saya juga dari situ dan saya banyak belajar dengan menonton video-video perlawanan Barcelona,” katanya, yang menggunakan nama Ronaldinho Klatey untuk akaun Instagramnya.
Berasal dari Kampung Pintu Geng di Kota Baru, Nur Syahindah beruntung kerana ibunya, seorang suri rumah, dan bapanya, seorang pensyarah, tidak menghalang kegiatannya.
Malah, pada 30 Disember lalu, ibunya Nor Azma Ahmad mengiringnya menyertai sesi pemilihan sebagai pemain kelab Kelantan itu.
Demikianlah Artikel Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak
Anda sekarang membaca artikel Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/biarpun-dicemuh-gadis-kacukan-cina-ini.html