‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red

‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red
link : ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red

Baca juga


‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red

Susulan isu tular berkaitan Datuk Red yang dikatakan menggoda wanita di Instagram, Kakigosip telah menemu bual tuan punya badan untuk memberi penjelasan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Apabila ditanya, adakah dirinya tahu tentang penyebaran gambar perbualan itu? Datuk Red menjawab dengan cukup tenang.

“Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya.

“Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya. Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit.

“Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja. “ jawabnya sambil tergelak.
Katanya lagi, dia langsung tidak melatah dengan perkara ini dan sudah lali dengan segala kontroversi yang melanda.

Tidak memandang serius terhadap isu ini, Datuk Red juga sempat bergurau apabila menafikan semua ini gimik dan sengaja mencari perhatian.

“Entahlah, bagi saya ini bukanlah gimik. Buat apa saya nak buat gimik? Lainlah kalau saya memang bercinta dengan selebriti meletop macam Neelofa barulah gimik namanya,” sambungnya dengan nada bergurau.

Pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar tidak akan sesekali melukakan hati kedua pasangannya, kami bertanya apakah respon isteri-isteri? jawabnya ringkas.

“Waktu tersebarnya cerita ini saya bersama isteri pertama. Dia memang sudah masak dengan perangai saya. Dia langsung tidak mengambil kisah kerana tahu suaminya ini macam mana. Tetapi dengan Adira, saya perlu berjumpa dan slow talk dengannya terlebih dahulu sebelum dia tahu daripada mulut orang lain.

“Saya ingin tekankan, saya memang seorang yang ramah dan suka bergurau. Saya tidak reti bagaimana untuk menjadi terlalu serius dalam sesuatu perkara. Saya suka bersembang dengan semua orang jadi saya tegur sahaja semua orang.

“Cuma isu ini berbangkit sebab saya menegur seorang gadis. Cuba kalau saya tegur seorang makcik rasa-rasa akan jadi isu tak? Mesti tiada siapa peduli kan? Tapi saya tak ambil pusing tentang isu ni kerana saya bukanlah selebriti untuk diberi perhatian. Tiada apa yang akan saya dapat daripada perkara ini,” jelasnya.

Pagi tadi tersebarnya satu gambar perbualan ringkas Datuk Red bersama seorang gadis dan meminta diberi gambar penuh untuk tatapannya menjadi perbualan hangat oleh para netizen.

The post ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red

Sekianlah artikel ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Biasalah Lelaki Memang Gatal’ – Datuk Red dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/biasalah-lelaki-memang-gatal-datuk-red.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :