link : Bila agaknya Zaid Ibrahim berdoa: Nik Abduh
Bila agaknya Zaid Ibrahim berdoa: Nik Abduh
Berdoa adalah fitrah manusia saat melalui saat getir, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang membidas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
“Saya cuba mengagak bila agaknya beliau berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?
“Di dalam al Quran di banyak tempat, ALLAH SWT menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan Air Asia semalam), seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat ALLAH SWT pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembebasan daripada kecelakaan,” katanya yang dipetik dari laman Facebooknya.
Beliau memberi respons terhadap Zaid yang menegur tindakan juruterbang Air Asia yang meminta penumpang berdoa ketika melalui saat getir, semalam.
Zaid mempertikaikan tindakan seorang juruterbang Air Asia yang meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat penerbangan Perth – Kuala Lumpur itu mengalami masalah teknikal.
Tambah Nik Mohamad Abduh lagi, setiap manusia memerlukan ALLAH SWT walaupun ketika saat akhir menunggu kematian.
“Saya doakan saatnya nanti, fitrah beliau akan tersembul keluar.
“Biar ALLAH SWT tunjukkan dengan hikmat-NYA bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya,” katanya.
Terdahulu pesawat Air Asia X penerbangan D7237 dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan enjin.
Juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada penumpang dan anak kapal supaya berdoa pesawat tersebut dapat mendarat dengan selamat.
Zaid yang dipetik dari laman Twitternya berkata, doa hanya mengundang rasa panik penumpang.
“Juruterbang seharusnya memberi harapan kepada penumpang.
“Lain-lain biar ditentukan oleh Tuhan. Jika Air Asia berminat kepada doa, ambil imam atau paderi sebenar,” katanya.
Pesawat tersebut berpatah balik dan selamat mendarat di Perth pada jam 10 pagi.
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, ramai menolak Pas adalah disebabkan parti itu yang sentiasa mengajar ahlinya berdoa.
“Pas sentiasa minta ahli berdoa agar kita berjaya dan mara ke Putrajaya,” katanya.
The post Bila agaknya Zaid Ibrahim berdoa: Nik Abduh appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bila agaknya Zaid Ibrahim berdoa: Nik Abduh
Anda sekarang membaca artikel Bila agaknya Zaid Ibrahim berdoa: Nik Abduh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bila-agaknya-zaid-ibrahim-berdoa-nik.html