link : Bila Anak Lelaki Nampak ‘Lembut’, Kena Bijak Main ‘Tarik Tali’, Salute Cara Ustazah Ini Selesaikan!
Bila Anak Lelaki Nampak ‘Lembut’, Kena Bijak Main ‘Tarik Tali’, Salute Cara Ustazah Ini Selesaikan!
Bila Anak Lelaki Nampak ‘Lembut’, Kena Bijak Main ‘Tarik Tali’, Salute Cara Ustazah Ini Selesaikan!
Guru sebenarnya susah hati jika ada pelajar lelaki yang ‘lembut‘ karakternya dalam bilik darjah. Sebabnya, kalau tak ditangani dengan baik, ia akan merugikan anak bangsa. Banyak kesan buruk dari baiknya membiarkan anak lelaki yang konflik identiti terus hanyut dalam dunia khayalan ciptaannya.
Ustazah Noraizah Abdul Hamid, kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam berkongsi pengalaman menangani kes pelajar lelaki ‘lembut’ yang pernah berlaku di sekolah tempatnya mengajar sebelum ini.
Ini Pendekatannya
1. Bawa Ke Kem Bina Jati Diri
Waktu jadi guru kaunseling, ada pelajar yang alami konflik identiti. Pelajar ini guru bawa ke Kem Azhar di Morib dan beberapa kem untuk bina jati diri.
2. Buat Program Lasak
Libatkan anak-anak ini dengan program lasak yang guru sediakan khas untuk pelajar-pelajar ini.
3. Boikot Pelajar Lelaki Lembut
Guru-guru berpakar untuk boikot pelajar krisis identiti ini dan asyik ‘kutuk’ pasal lelaki lembut. Pelajar akan tension dan akhirnya datang ke kami di bilik kaunseling. Di sini kami main tarik tali.
4. Hargai Pelajar
Kami berikan pelajar ini tanggungjawab yang sesuai. Berikan mereka tugasan seorang pelajar lelaki dan aktiviti lasak.
5. Hadiri Sesi Kaunseling Individu & Kelompok
Ini penting, untuk memberi kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab peribadi. Bantu mereka fahamkan fitrah kejadian sebagai lelaki. Ingatkan tentang keistimewaan lelaki berbandung. Kena twist pemikiran pelajar ini.
6. Berikan Kerja Lelaki
Guru Kena Peka & Cepat Tangani. Sikap ‘lembut’ pelajar perlu dikesan dari awal. Jika nampak mereka ini ‘lembut’ berikan kerja-kerja lelaki.
7. Luaskan Pergaulan Dengan Lelaki Tulen
Biar mereka tahu betapa seronoknya menjadi seorang lelaki tulen. Bapa di rumah perlu memainkan peranan. Rapatkan diri dengan anak lelaki.
8. Mak Jangan Beri Anak Lelaki Ini Kerja Perempuan
Walaupun dalam rumah cuma ada satu-satunya anak lelaki yang boleh diharap. Bila anak itu ada ciri-ciri lembut, jangan sekali-kali mak minta anak ini buat kerja-kerja perempuan; misalnya kemas tumah, memasak dan sebagainya. Berilah mereka kerja panjat memanjat yang melibatkan cara orang lelaki.
Hasilnya
Alhamdulillah, pelajar lelaki ‘lembut’ yang menerima 8 pendekatan di atas, kembali menjadi lelaki sejati dan ramai yang sudah berjaya.
Ada yang menjadi guru, kaunselor, peguam dan sebagainya.
Bukan Kerja seorang Diri
Selain bantuan ibu bapa pelajar, guru ini turut mendapat bantuan dari kaunselor sepenuh masa, Puan Aisyah Abd Hamid (kini pensyarah IPG, Jitra) dan Ustaz Zawawi Hj Mughni (kini buka rumah perlindungan dan tahfiz) untuk menangani kes-kes rumit seperti ini.
Siapa Ustazah Noraizah?
Kerjaya guru sudah sebati dalam dirinya sejak tahun 2002 dan menerima anugerah Guru Cemerlang Bahasa Arab. Dirinya juga Jurulatih Bahasa Arab Negeri Selangor, pemeriksa kertas peperiksaan, penulis buku-buku latihan dan novel remaja.
Beliau juga guru pembimbing Rumah Perlindungan Wanita di Rumah Puteri Arafiah seksyen 7 di bawah lantikan MAIS.
Sumber: Mingguan Wanita
Demikianlah Artikel Bila Anak Lelaki Nampak ‘Lembut’, Kena Bijak Main ‘Tarik Tali’, Salute Cara Ustazah Ini Selesaikan!
Anda sekarang membaca artikel Bila Anak Lelaki Nampak ‘Lembut’, Kena Bijak Main ‘Tarik Tali’, Salute Cara Ustazah Ini Selesaikan! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bila-anak-lelaki-nampak-lembut-kena.html