link : Brad Pitt, Angelina Jolie Masih Utamakan Anak
Brad Pitt, Angelina Jolie Masih Utamakan Anak
WALAUPUN prosedur perceraian pelakon antarabangsa Brad Pitt, 52, dan Angelina Jolis, 41, masih belum selesai, pasangan ini masih memberikan keutamaan kepada anak-anak mereka.
Pasangan yang popular dengan gelaran Brangelina ini juga sanggup mengetepikan ego mereka bagi memastikan anak mereka bahagia.
“Brad Pitt dan Angelina sanggup berusaha untuk mengetepikan ego mereka dan menghentikan drama perceraian mereka demi kebaikan anak mereka yang sedang membesar,” kata sumber Hollywood.Life.com
Peminat pasangan ini juga memuji sikap mereka yang masih mengutamakan anak-anak serta mahukan yang terbaik untuk mereka.
Menurut sumber itu juga, anak mereka masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ibu bapa mereka sudah berpisah dan tidak lagi bersama seperti sebelum ini.
“Brad dan Angelina sedar bahawa anak merupakan kepentingan mereka berdua dan mereka sedang berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik
“Mereka juga berusaha sedaya upaya untuk menyusun jadual mereka supaya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak ,” tambah sumber. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Brad Pitt, Angelina Jolie Masih Utamakan Anak
Anda sekarang membaca artikel Brad Pitt, Angelina Jolie Masih Utamakan Anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/brad-pitt-angelina-jolie-masih-utamakan.html