Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya

Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya
link : Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya

Baca juga


Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya

BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas Malaysia mula melancarkan penyiaran digital secara rasmi pada 6 Jun lalu, penduduk di Brunei kini turut boleh menikmati siaran bermutu tinggi yang serupa.

Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam satu kenyataan media di sini memaklumkan, penonton di negara itu boleh mengikuti program disiarkan dengan kualiti audio lebih jelas menerusi penyiaran Televisyen Digital sepenuhnya.

Media tempatan hari ini melaporkan, stesen awam milik penuh kerajaan Brunei itu telah pun beralih kepada siaran Televisyen Digital dan siarannya dapat diterima sempurna dengan menggunakan peralatan penerima bersesuaian.

Pengguna boleh memilih sama ada melalui alat Set-Top-Box (STB), sejenis dekoder atau alat penerima siaran digital atau membeli set televisyen digital yang ada fungsi integrated digital television tuner (iDTV) dengan sistem DVBT2.

Menurut kenyataan RTB itu lagi, terma-terma teknikal pemasangan boleh diajukan terus kepada pembekal atau penjual televisyen digital bagi memastikan orang ramai mendapatkan jenis set televisyen dan alat STB yang betul.

Selain daripada itu, peralatan antena luar jenis tetulang ikan untuk penerimaan Ultra High Frequency (UHF) turut memainkan peranan penting demi memastikan siaran Televisyen Digital RTB itu dapat diterima dengan jelas.

Memandangkan ada kawasan yang berbukit-bukau, penduduk disaran memasang dengan menghalakan ke stesen pemancar Andulau bagi Daerah Belait dan Tutong serta ke stesen Bukit Subok jika di Daerah Brunei dan Muara.

Bagi kawasan yang terletak agak jauh dari dua stesen pemancar RTB berkenaan, para penonton disarankan untuk memasang booster atau alat penguat gelombang penyiaran bagi mendapatkan mutu siaran lebih optimum.

Menerusi siaran televisyen digital yang sebenarnya sudah dipancarkan RTB sejak 2014, penonton dapat menikmati saluran televisyen dengan visual bermutu tinggi dan audio lebih jelas berbanding siaran analog yang dimansuhkan.

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya

Sekianlah artikel Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Brunei Mansuh Siaran Analog, Beralih Digital Sepenuhnya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/brunei-mansuh-siaran-analog-beralih.html

Subscribe to receive free email updates: