Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia

Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia
link : Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia

Baca juga


Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia


THE HAGUE: Seorang chef di sini baru-baru ini mencipta burger yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai yang paling mahal di dunia.

Burger berharga £1,785 (RM9,800) itu mengandungi wagyu Jepun yang diperam dengan teknik khas, patti daging Black Angus, udang galah Oosterschelde yang direndam dengan arak, foie gras, truffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar.

Salad dari Perancis, daging dari Iberia dan sos khas dibuat daripada 35 udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, vanilla Madagascar, safron dan kicap Jepun juga dicampurkan di dalamnya.

Dan semuanya itu dikepitkan dengan ban brioche yang dibuat daripada saffron dan bahagian atasnya ditabur dengan daun emas.

Burger itu dihasilkan oleh chef Diego Buik dari restoran South of Houstan di The Hague.

Minat Buik terhadap burger berkembang ketika dia bekerja di sebuah restoran di Soho, London.

Sejurus selepas kembali ke Rotterdam, dia mula mereka dan menghasilkan burgernya sendiri.

Buik menghasilkan burger termahal di dunia itu pada 28 Mei lalu sempena Hari Burger Antarabangsa.

Bagaimanapun, burger itu tidak akan tersenarai dalam menu di restorannya.

Buik berkata: “Jika anda mahu memakannya dan sanggup membayar harga itu, sila buat pesanan lebih awal.”-Agensi
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia

Sekianlah artikel Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Burger RM9,800 Paling Mahal Di Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/burger-rm9800-paling-mahal-di-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :