Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum

Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum
link : Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum

Baca juga


Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum

ASTANA: Masyarakat perlu kembali kepada sumber berita tradisional jika mereka mahu mendapatkan berita yang tepat, kata bekas ketua pasukan media seorang perdana menteri Britain dalam forum media antarabangsa di sini.

Giles Kenningham yang merupakan ketua pasukan media bahagian politik David Cameron, berkata media sosial dalam talian dipenuhi berita palsu dan satu daripada perkhidmatan rangkaian sosial utama merupakan penyumbang terbesar berita palsu.

Kenningham adalah antara anggota panel dalam sesi bertajuk 'Can Truth Prevail' (Bolehkah Kebenaran Menang), pada Forum Media Eurasia ke-14, anjuran kerajaan Kazakhstan.

Kenningham yang kini menguruskan Trafalgar Strategy, firma perundingan komunikasi strategik, berkata "kita tinggal dalam budaya suara yang disunting, di mana semakin kurang orang membeli akhbar dan menonton televisyen pula menerusi temu janji".

Beliau berkata berita palsu boleh dibasmi jika media sosial dalam talian tertakluk kepada pemeriksaan yang ketat dan ada pihak ketiga yang menyemak maklumat.

Bagaimanapun, Kenningham berkata berita palsu boleh dikekang jika semua pihak termasuk kerajaan lebih telus dalam aktiviti mereka kerana ini akan meningkatkan kepercayaan orang ramai.

Beliau berkata orang ramai harus dididik untuk tidak bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.

Seorang lagi anggota panel, Menteri Penerangan dan Komunikasi Kazakhstan Dauren Abayev berkata media sosial dibanjiri jutaan berita dan maklumat pada setiap minit dan bukan mudah untuk mengekang berita palsu kerana banyak masa diperlukan untuk mengesahkan walau hanya satu berita yang belum disahkan.

Bagaimanapun, menteri itu berkata kebenaran akan menang apabila orang ramai memproses maklumat menggunakan akal.

Beliau berkata satu atau dua berita palsu tidak begitu menjejaskan masyarakat namun yang membimbangkan apabila sesetengah orang seperti 'pemimpin yang kuat' memanipulasi media sosial untuk menyebarkan berita palsu bagi kepentingangan diri sendiri.

FORUM-BERITA PALSU 3 (AKHIR) ASTANA

Presiden Cable Public Affairs Channel (CPAC) Kanada, Catherine Cano pula berkata media perlu bersatu dengan audiens atau mereka akan beralih kepada media alternatif.

Beliau berkata masyarakat kini lebih berminat mendapatkan berita yang mereka ingin tahu dan bukan yang disediakan oleh media biasa.

Cano berkata bagi memastikan audiens setia, media harus memberi konteks kepada laporan berita, iaitu aspek yang ditinggalkan pada masa ini, dan menambah satu cara untuk melibatkan audiens ialah dengan melakukan laporan yang mendalam.

Seorang lagi anggota panel, penerbit UK TV Shahida Tulaganoval berkata laporan berita TV pada hari ini terlalu pendek dan tidak dapat memberi gambaran lengkap sesuatu kejadian.

Katanya 'suara' mangsa yang sering disisihkan daripada klip video tv membuatkan sesebuah berita itu tidak lengkap bagi audiens yang sudah tentu akan mencari sumber maklumat lain untuk mengetahui sisi lain berita berkenaan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum

Sekianlah artikel Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/cari-media-tradisional-untuk-berita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :