link : CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun
CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun
Insiden penderaan kepada kanak-kanak yang dilakukan oleh pengasuh bukanlah merupakan sebuah perkara yang baru dan berlaku hanya di Malaysia sahaja, malah insiden ini sebenarnya turut berlaku di luar negara.
Pasangan suami isteri daripada Filipina baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ngeri mereka apabila mendapat tahu anak mereka yang baru berusia satu tahun telah didera oleh dua orang pengasuh mereka semasa mereka tiada di rumah.
Terima kasih kepada CCTV, segala perbuatan yang tidak berperikemanusian pengasuh dari neraka ini telah berjaya dirakamkan.
Di dalam rakaman itu, boleh dilihat dengan jelas bagaimana deritanya bayi tersebut yang terpaksa melalui proses penderaan itu dengan cara dicubit, diketuk pada kepala dan ditolak sehingga jatuh.
Kedua-dua pengasuh tersebut kemudiannya telah dipecat serta-merta dan insiden tersebut kemudiannya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Malah dikatakan, kedua-dua pengasuh yang kejam ini turut dikecam dan telah dipulaukan oleh penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka yang kejam itu setelah rakaman CCTV itu menjadi tular di media sosial.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun
Anda sekarang membaca artikel CCTV Rakam Aksi Kejam Pengasuh Belasah Bayi Berusia Satu Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/cctv-rakam-aksi-kejam-pengasuh-belasah.html